Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

Aug 3, 2010

TOKOH AGAMA MINTAK NIK AZIZ BUANG EGO


PENGKALAN KUBOR 2 Ogos - Dua tokoh agama di negeri ini mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya membuang ego dan dendam untuk menyatukan UMNO dan Pas demi perpaduan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Mudir Pondok Pak Krau, Mohamad Zainal Abidin Awang dan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga ahli Pas berpendapat, tiada sebab untuk Menteri Besar itu terus menghalang perpaduan antara kedua-dua parti berkenaan ketika umat Islam diancam daripada pelbagai sudut.

Mohamad Zainal Abidin berkata, usaha untuk menyatukan kedua-dua parti tersebut di meja rundingan harus dilakukan secepat mungkin memandangkan kekuatan orang Melayu hampir pupus berdasarkan senario politik masa kini.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz wajib menerima perpaduan dengan UMNO kerana parti tersebut sentiasa mendukung Islam dan tidak pernah menghalang perkembangan agama suci itu, malah menggalakkan rakyat di negara ini mengamalkannya.

"Kenapa Pas tidak boleh bersatu dengan UMNO, atas alasan apa? Jika dibandingkan UMNO dengan Pas, UMNO lebih banyak membangunkan Islam, lihat sahaja di negeri ini, siapa yang buat masjid, sekolah, hospital dan jalan raya.

"Kita kena betulkan persepsi, Pas bukan Islam, Islam bukan Pas. Kalau mereka benar-benar mendokong Islam, Nik Abdul Aziz perlu menyokong usaha perpaduan dengan UMNO tidak kira apa cara sekali pun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mencadangkan supaya Pas dan UMNO melupakan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz dalam reaksinya menolak cadangan tersebut dengan memberikan alasan perbezaan dasar di antara kedua-dua parti itu tetapi pada masa yang sama mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) biar pun berbeza cita-cita.

Mohamad Zainal Abidin berkata, pada masa ini tidak timbul mengenai dasar UMNO atau Pas kerana agenda yang lebih penting ialah penyatuan umat Islam dan orang Melayu.

"Kita lihat di akhbar dan televisyen setiap hari ada tuntutan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Kita harus sedar bahawa umat Islam sedang diancam, hanya perpaduan dapat menyelamatkan kita daripada terus ditekan oleh musuh Islam," katanya.

Abdullah pula berkata, mengikut hukum Islam, menolak perpaduan seseorang itu boleh menjadi fasik kerana Allah dan Rasulullah mewajibkan umat Islam bersatu padu.

"Dalam konteks negara ini, perpaduan terbahagi kepada tiga iaitu pertama, menzahirkan ketuanan dan keistimewaan Melayu; kedua, perpaduan semua kaum seperti konsep 1Malaysia dan ketiga, perpaduan kesamarataan.

"Perpaduan yang ketiga tidak boleh diterima kerana dalam Perlembagaan negara telah termaktub hak-hak keistimewaan orang Melayu hasil pengorbanan orang Melayu sebelum merdeka, jadi kita tidak boleh terikut-ikut cara DAP yang akan menghancurkan umat Islam dan Melayu.

"Oleh itu, saya menyeru kepada Nik Abdul Aziz dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menerima perpaduan dengan UMNO demi umat Islam dan orang Melayu. Hari ini tiada lagi perbezaan dasar di antara Pas dengan UMNO," katanya.

Alhamdullillah, kami dari Perkasa Hulu Langat menyambut baik keyataan yang di buat oleh tokoh-tokoh agama juga ahli-ahli PAS, menyeru orang-orang Melayu untuk ketepikan perbezaan pahaman politik untuk bersatu kerana Agama, Bangsa dan Negara dan kami puji mereka ini yang dapat menilaikan keadaan kekuatan orang-orang Melayu yang sudah hampir pupus pada masa yang terdekat ini kalau Melayu maseh berpecah. Kami Perkasa menunggu saat PAS dan Juga UMNO untuk bersatu dan kami amggap penyatuan ini adalah satu kemenangan besar bagi setiap Umat Islam dan juga Bangsa Melayu.


No comments:

Post a Comment