Orang-orang bukan Melayu di beri kewarganegaraan mereka melalui prinsip Jus Soli dan Melayu diberi peruntukan keistimewaan, berdasarkan unsur-unsur tradisi yang telah wujud ratusan tahun sebelum wujudnya perlembagaan pada tahun 1957.
Peranan untuk mestabilkan sistem politik yang mau dibentuk, Suruhanjaya Reid telah membuat laporan pra-syarat yang telah menekankan dengan jelas, berapa pentingnya perlembagaan untuk mengambil kira factor-factor sejarah, tradisi, ekonomi dan Sosial yang telah lama wujud sebelum 1957. Ini telah menunjukan bertapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah AKTAR HASUTAN dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada di jadikan isu perbincangan Awam.
Factor-factor unsur tradisi ini telah juga merupakan satu pra-syarat dalam permuafakatan yang telah di persetujui dan di terima oleh orang Melayu dan bukan orang Melayu adalah:
- ORANG MELAYU DIBERI HAK-HAK KEISTIMEWAAN.
- ISLAM MENJADI AGAMA PERSEKUTUAN.
- BAHASA MELAYU DI TERIMA SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN.
- PEMERINTAHAN BERAJA
Persetujuan pra-syarat inilah sebagai syarat-syarat untuk etnik bukan Melayu mendapatkan penerimaan hak kewarganegaraan mereka sebagai rakyat Negara ini.
Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu fomula bagi meyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.
Tan Siew Sin ketika itu telah berkata "Bahawa masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar sekiranya Kebudayaan dan Bahasa orang Cina dan Tamil dapat di kekalkan dan di perkembangkan" Ingin kita peringatkan pada orang bukan Melayu, bahawa rangka awalnya laporan pra-syarat Suruhanjaya Reid tidak menyebut langsung apa-apa tentang mengekalkan atau mengembangkan Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan bahasa lain melainkan Bahasa Melayu.
Permintaan Tan Siew Sin ketika itu telah di terima oleh pemimpin Melayu dan bersetuju bahawa Perlembagaan sepatutnya dengan ekspilisit menyatakan pengekalan Bahasa dan Budaya Cina dan Tamil hendak lah digalakan dan dipeliharakan.
Terus terang kita sebutkan kejadian permintakan Tun Tan Siew Sin disini, untuk menunjuk dan memberitahu pada entnik Cina dan Tamil bahawa pemimpin dan orang Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas, jadi jangan lah sesekali mencabar keadilan dan pandangan luas kami kertelaluan seperti laungan-laungan Bangsa Cina dan Tamil pada masa kini yang cuba memadamkan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang telah di persetujui di dalam Pra-syarat Suruhanjaya Ried yang telah di terterakan di dalam Perlembagaan Negara ini.
No comments:
Post a Comment