Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

Aug 16, 2010

Reaksi ucapan Chua Soi Lek

  • Mana semangat 1Malaysia MCA?
  • SAYA terbaca berita Mingguan Malaysia 15 Ogos dan terkilan dengan apa yang diminta oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek semasa merasmikan Kongres Ekonomi Cina Sabtu lalu.

    Di manakah semangat 1Malaysia dalam MCA? Tiada lagikah sifat kejiranan di dalam MCA? Apa yang disuarakan saya rasai sama seperti yang diminta oleh parti-parti dominan Cina seperti DAP dan juga Gerakan.

    Adakah tuntutan MCA ini disebabkan Melayu tidak bersatu? Benarkan saya kupas sedikit sebahagian cadangan (cabaran) yang dibentangkan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek seperti yang ditulis dalam berita tersebut.

  • Liberalisasi ekonomi
  • Membenarkan lebih ramai pelabur bukan bumiputera menjadi rakan kongsi dan kontraktor dalam kerja-kerja di dalam sektor minyak dan gas. Saya ketawa dengan apa yang MCA inginkan ini. Adakah tidak beliau ketahui betapa banyak syarikat yang berurusan dengan sektor minyak dan gas yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh kaum Cina?

    Adakah MCA mahu syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Petronas untuk mendapatkan lesen perniagaan dengan syarikat-syarikat minyak seperti Carigali, Exxonmobil, Shell dan sebagainya dilonggarkan?

    Sekarang ini pun kebanyakan syarikat-syarikat pembekal adalah milik bukan bumiputera. Boleh saya kira dengan jari sahaja syarikat yang betul-betul milik bumiputera.

    Petronas sekarang mula memantau syarikat-syarikat pembekal kerana banyak syarikat yang kononnya berstatus bumiputera tetapi pada hakikatnya dimiliki oleh bukan bumiputera. Agaknya apa yang diingini oleh MCA adalah semua syarikat-syarikat pembekal ini dimiliki oleh bukan bumiputera secara terbuka.

  • Peranan syarikat milik kerajaan (GLC) dalam Model Baru Ekonomi (MBE)
  • Kenapa begitu gah MCA mengingininya? Kenapa pihak bukan bumiputera dalam syarikat-syarikat gergasi Cina tidak memberi peluang kepada bumiputera yang berkelayakan menjadi ahli lembaga pengarah dan menjawat jawatan penting dalam pengurusan?

    Sekiranya ada pun, jawatan-jawatan yang dijawat adalah jawatan yang kurang penting syarikat sekadar melepaskan batuk di tangga. Lagi menyedihkan, sekarang ini sudah ada pula syarat “boleh berbahasa Mandarin” di dalam iklan kerja kosong. Apakah maksud tersirat di dalam syarat tersebut?

    Adakah perlu atau wajib pekerja kena berbahasa Mandarin? Adakah bahasa Melayu bukan bahasa rasmi, bahasa pengantar negara Malaysia? Yang paling jelas, adalah untuk membenarkan bangsa Cina untuk menjawat jawatan kosong tersebut. Apa pandangan MCA mengenai perkara ini?

  • Penggalakkan lebih banyak

    sekolah vernakular

  • Ini saya tidak faham. Masing-masing begitu gah mengenai 1Malaysia tapi pada masa sama masih mahukan pengasingan melalui penubuhan banyak lagi sekolah vernakular.

    Bila kerajaan menggalakkan penubuhan sekolah wawasan, kenapa mereka dengan gah menentang?

    Sekiranya mereka ini kononnya mahukan keadilan, satu suara, 1Malaysia dan sebagainya, kenapa tidak mulakan dari peringkat serendah-rendahnya melalui semua kaum pergi ke satu sekolah, seperti sekolah wawasan?

    Bukan makin banyak lagi sekolah vernakular yang secara langsung menggalakkan pengasingan kaum. Di manakan semangat 1Malaysia MCA?

    Di manakah semangat kejiranan MCA yang sepatutnya menggalakkan sifat menang-menang? Saya yakin sekiranya sekolah kebangsaan diubah sedikit saja agar memberi peluang untuk bangsa Cina dan India mempelajari pelajaran bahasa ibunda mereka, tidak perlu lagi ditambah sekolah vernakular di Malaysia ini.

    Saya hairan kenapa sekarang bukan bumiputera semakin lantang menyuarakan tuntutan.

    Adakah ini disebabkan bumiputera, Melayu khususnya sentiasa bertelagah sesama sendiri?

    Adakah pihak bumiputera merasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk meminta kerana pertelagahan sesama bumiputera/Melayu yang beragama Islam?

    Adakah juga kerana mereka merasakan bangsa Melayu di dalam kerajaan lemah, mereka boleh minta macam-macam? Ingin saya jelaskan di sini, saya bukan rasis tetapi saya tidak mahu bangsa Melayu akhirnya merempat di tanah air sendiri.

    AZMI

    Kuala Lumpur

    No comments:

    Post a Comment