Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

Jul 21, 2011

DEMONSTRASI MERUGIKAN NEGARA

DEMONSTRASI
JUL02
2011 114 COMMENTS WRITTEN BY CHEDET
1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.
2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.
3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.
4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.
5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.
6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.
7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.
8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?
9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.
10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.
11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.
12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.
13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.
14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.
15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.
16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.
17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.
18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.
19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.

Jul 9, 2011

TANIAH PDRM

Sebagai Rakyat, saya bangga dan kagum dengan corak PDRM mengendalikan Perhimpunan Bersih ini.
tindakan polis saya lihat sungguh professional dan penuh kesabaran. Kami ucapkan terima kaseh pada PDRM yang telah memastikan keamanan Negara terjaga.

SYABAS, POLIS DI RAJA MALAYSIA

Jul 4, 2011

SUDAH TIBA NYA MELAYU BANGKIT UNTUK MEMPERTAHANKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Semenjak PRU 12 yang lepas, bermulalah suasana politik hasutan yang amat bahaya pada keamanan Negara.  Semua rakyat berbilang telah di hasut untk menghangatkan lagi ketidak puasan rakyat untuk membenci Kerajaan. Mereka juga berani melaungkan agenda mereka untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, hasutan demi hasutan, telah buat untuk menghina kedaulatan Agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja kita oleh pihak2 Komponen Barisan National, pembangkang, pihak gereja dan pihak NGO.

Kesabaran orang Melayu telah di cabar, Dan dengan agenda pembangkang untuk mengadakan perarakan bersih pada 9hb Julai ini, Kami merasakan kemuncak kesabaran orang Melayu udah sampai kepenghujung nya. Permulaanya kebangkitan orang Melayu akan bermula juga pada 9 hb Julai ini, kesabaran sudah tidak boleh di kawal oleh kami orang Melayu lagi. Hak kami, Agama kami dan kini Negara kami pula nak di huru harakan oleh pengkhinat-pengkhianat ini, hasutan dan corak mereka yang kami anggap kurang ajar sudah sampai ketahap sangat keterlaluan.

Kami Ahli-Ahli Perkasa Hulu Langat berjanji akan berada di barisan hadapan bersama rakyat Malaysia yang inginkan  mempertahankan Negara kami daripada pengkhianat yang ingin menghapuskan keamanan dan keharmonian negara yang kami cinta, dan barang siapa juga yang berani menentang Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong akan kami tentang.

PERKASA HULU LANGAT

TITAH YANG DI PERTUAN AGONG



Istana Negara telah mengeluarkan Titah khas Yang di-Pertuan Agong, mengenai perhimpunan yang telah mendapat berbagai tentangan oleh rakyat Malaysia.

Di dalam Titah Banginda Yang di-Pertuan Agong, Baginda menyebut bahawa " KEHARMONIAN DAN KESTABILAN NEGARA ADALAH ASAS PENTING BAGI  SESEBUAH EGARA YANG PERLU SEMUA PIHAK PERTAHANKAN"

AMPUN TUNKU BERIBU AMPUM, SEMBAH PATIK HARAP DI AMPUN.

Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku, Patik bagi pihak Pertubuhan Perkasa Daerah Hulu Langat dan Ahli-Ahli bersumpah akan mempertahankan keharmonian dan kestabilan Negara sekiranya pihak penganjur Bersih inkar pada Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU


Jul 1, 2011