Semenjak PRU 12 yang lepas, bermulalah suasana politik hasutan yang amat bahaya pada keamanan Negara. Semua rakyat berbilang telah di hasut untk menghangatkan lagi ketidak puasan rakyat untuk membenci Kerajaan. Mereka juga berani melaungkan agenda mereka untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, hasutan demi hasutan, telah buat untuk menghina kedaulatan Agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja kita oleh pihak2 Komponen Barisan National, pembangkang, pihak gereja dan pihak NGO.
Kesabaran orang Melayu telah di cabar, Dan dengan agenda pembangkang untuk mengadakan perarakan bersih pada 9hb Julai ini, Kami merasakan kemuncak kesabaran orang Melayu udah sampai kepenghujung nya. Permulaanya kebangkitan orang Melayu akan bermula juga pada 9 hb Julai ini, kesabaran sudah tidak boleh di kawal oleh kami orang Melayu lagi. Hak kami, Agama kami dan kini Negara kami pula nak di huru harakan oleh pengkhinat-pengkhianat ini, hasutan dan corak mereka yang kami anggap kurang ajar sudah sampai ketahap sangat keterlaluan.
Kami Ahli-Ahli Perkasa Hulu Langat berjanji akan berada di barisan hadapan bersama rakyat Malaysia yang inginkan mempertahankan Negara kami daripada pengkhianat yang ingin menghapuskan keamanan dan keharmonian negara yang kami cinta, dan barang siapa juga yang berani menentang Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong akan kami tentang.
PERKASA HULU LANGAT
No comments:
Post a Comment