Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

May 25, 2011

SELAMAT KAN UMAT ISLAM LIBYA

ARKIB : 24/05/2011

Selamatkan Libya daripada serangan tentera NATO


KUALA LUMPUR 23 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu kerajaan melobi negara Islam yang lain untuk membantu menyelamatkan Libya daripada serangan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, akibat serangan itu, ramai rakyat Libya yang tidak berdosa seperti kanak-kanak dan wanita turut terbunuh dan jumlahnya kian meningkat saban hari.
"Kerajaan perlu memainkan peranan untuk mengajak dunia Islam menentang kuasa Barat yang menindas Libya. Ketika ini, kita harus berganding bahu menghulurkan bantuan.
"Barat berselindung di sebalik NATO untuk meneruskan agendanya menghapuskan umat Islam. Mereka mengambil kesempatan tersebut ketika berlakunya pergolakan di Libya," katanya kepada Utusan Malaysia selepas sesi taklimat isu serangan NATO ke atas Libya dan Asia Barat dekat sini malam ini.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 150 orang ahli Perkasa termasuk pimpinan kanan pertubuhan itu.
Sementara itu, beliau berkata, Perkasa juga telah menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat di sini pada 10 Mei lalu bagi mengutuk serangan ke atas Libya.
"Oleh itu, kita minta kerajaan dan rakyat bersama-sama sebulat suara membantu Libya seterusnya mengecam tindakan Barat yang berselindung di sebalik NATO yang mahu menindas umat Islam," katanya.

PERKASA HULU LANGAT INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TANIAH PADA SYARIKAT BUMIPUTRA "RANHILL" YANG MENJALANI PROJEK PEMBINAAN RUMAH PANGSAPURI UNTUK KERAJAAN LIBYA, YANG TELAH BERJAYA MENYELAMATKAN 3,000 PERKERJA MEREKA TERDIRI DARI BANGSA BANGLADESH, THAILAND DAN JUGA DARI MALAYSIA, KELUAR DARI LIBYA DENGAN KOS SEBANYAK 9 JUTA RINGGIT MALAYSIA TANPA SEBARANG PERTOLONGAN DARIPADA KERAJAAN. PADA SYARIKAT RANHILL TERIMA KASEH ATAS MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB, DAN PADA KAKITANGAN WARGA MALAYSIA YANG TELAH MEMASTIKAN DAHULU KESEMUA PEKERJA ASING SELAMAT DI KELUARKAN DARI LIBYA DI DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAHAYA, KAMI MEMBERIKAN SETINGGI-TINGGI PENGHORMATAN DIATAS KEBERANIAN ANDA SEMUA. SYABAS

No comments:

Post a Comment