Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

May 31, 2010

WASIAT RAJA RAJA MELAYU

WASIAT RAJA RAJA MELAYU
YANG TELAH DIMAKTUBKAN
PADA
31 HARIBULAN OGOS 1957

KAMI NAMAKAN DAN PANGGIL AKAN DIA,BUMI YANG KAMU PIJAK DAN LANGIT YANG KAMU JUNJUNG,PERSEKUTUAN TANAH MELAYU,(SEKARANG DIKENALI DENGAN NAMA MALAYSIA)

KAMI ISTIHARKAN DAN KAMI SIMPAN UNTUK KAMU DAN KAMI BENARKAN KAMU ISTIHAR DAN SIMPAN,TANAH SIMPANAN MELAYU SEHINGGA NISBAH 50%,SELEBIHNYA KAMU REBUTLAH BERSAMA-SAMA KAUM LAIN.

BAGI MENJAGA KAMU DAN MELINDUNGI ANAK-ANAK KAMU,HARTA HAK MILIK KAMU,KAMI TUBUHKAN REGIMEN ASKAR MELAYU UNTUK MEMBANTERAS KEKACAUAN DALAM NEGARA DAN ANCAMAN DARI LUAR NEGARA.

KAMI KEKALKAN DAN KAMI JAMIN KERAJAAN DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU MEMERINTAH NEGARA INI.

KAMI TETAPKAN ISLAM IALAH AGAMA PERSEKUTUAN.

KAMI TETAPKAN JUGA BAHASA KEBANGSAAN IALAH BAHASA MELAYU,DAN

KAMI AMANAHKAN DAN KAMI PERTANGGUNGJAWAPKAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU UNTUK MELINDUNGI KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM KAUM LAIN(KEMUDIAN DITAMBAH KEDUDUKAN ISTIMEWA ANAK NEGERI SABAH DAN SARAWAK.)

No comments:

Post a Comment