Saperti yang di lapurkan oleh Utusan Malaysia,ibu kepada 9 orang anak di Pasir Mas ni terpaksa tinggal di bekas kandang lembu yang di ubahsuai sebagai tempat tinggal mereka sejak 5 bulan dulu.
Bayangkan anak anak yang terpaksa hidup dalam keadaan yang begitu daif,tanpa bekalan letrik dan bekalan air bersih.Belum diambil kira ketidak selesaan oleh panas dan basah hujan ketika tidur kerana bocor.Sedih tak boleh nak bayangkan.
Marah aku pada diri aku sendiri sebab dalam zaman bangsa aku dah maju,dalam zaman bangsa aku konon jadi 'Tuan' Ketuanan Melayu,masih ada bangsa aku yang merempat macam ini.Aku marah ! Aku marah !
Mana dia Menteri Kebajikan Melayu?Mana dia pemimpin pemimpin Melayu?Mana dia Perkasa macam aku yang patut membela Melayu?Mana?Mana?Mana?
Jangan salahkan mereka kerana mereka miskin!.Jangan salahkan ibu bapa mereka kerana tak mampu nak adakan tempat tinggal yang sepatutnya untuk anak anak mereka!Mereka tak salah!Yang salah pak menteri yang datang dan pergi selama ini,yang salah pemimpin melayu yang selama ini asyik kumpul harta untuk diri sendiri,yang salah pemimpin tidur yang habiskan 250b duit Petronas tak sampai 5 tahun memerintah,yang salahnya kita sebagai masyarakat terlepas pandang.
Ini bukan kes terpencil..masih banyak lagi rakyat Malaysia kat luar sana tak kira bangsa yang hidup macam ni.Banyak yang boleh di buat oleh pemegang amanah negara sejak berpuluh tahun dulu tapi tidak di lakukan.Kalau di lakukan pasti kita tidak berjumpa kes kes sebegini di tahun 2010 ni....
No comments:
Post a Comment