Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

May 3, 2010

MAJLIS RAMAH MESRA DENGAN YDP DAN AJK SELANGOR

Pada hari Jumaat 30hb April 2010 jam 9.00 malam bertempat di Craven Cafe Bukit Antarabangsa telah berlangsung majlis ramah mesra diantara kami penggerak Perkasa disini dengan Yang DiPertua Perkasa Selangor dan  Ahli Jawatankuasa Perkasa Selangor.

Yang hadhir pada malam tersebut adalah YDP Selangor En.Abdullah Mansur,NYDP Selangor Dato Amir Hamzah Mohd,NYDP Selangor En.Mustafa Latif,SU Kehormat En.Ahmad Zambri,Ketua Penerangan Uztaz Ahmad Najib,SU Wiranita Cik Norwaty Ismail dan beberapa orang AJK Perkasa Selangor.Turut hadhir adalah ahli ahli kami disini.

Kami yang selama ini bergerak diatas nama Perkasa Ampang diberi kejutan oleh YDP Selangor malam itu bila beliau mengumumkan kami adalah peneraju Perkasa Daerah Ulu Langat mulai malam itu dan pengerusi kami Raja Nazarudin Dato Raja Nasron sebagai Pengerusi Ulu Langat menggantikan pengerusi lama En.Jamaludin yang menarik diri atas sebab sebab komitmen kerja beliau.

Kami semua menerima ini sebagai amanah dan tanggung jawap yang diamanahkan oleh YDP kepada kami untuk memperkasakan Perkasa di Daerah Ulu Langat,walaupun nampaknya kami kena bekerja lebih kuat kerana Daerah Ulu Langat ini agak luas.Apapun kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP Selangor dan seluruh barisan AJK Perkasa Selangor diatas kepercayaan yang diberikan kepada kami bagi menjayakan misi ini.

Buat masa ini terpaksalah kami menggunakan tenaga penggerak yang sedia ada di Ampang ini dalam menyusun AJK Penaja Perkasa Ulu Langat sebelum ada pengganti kepimpinan tempatan dari kawasan kawasan lain dalam Daerah Ulu Langat ini.Kami amat berharap kepada pejuang pejuang bangsa warga Daerah Ulu Langat untuk bersama sama berjuang bagi mempastikan obor bangsa terus menyala untuk anak cucu kita.

Majlis kemudian bertukar santai dimana YDP menjawap soalan soalan dari hadhirin sambil menjamu selera.Majlis tamat lebihkurang jam 12 tengah malam.


Laporan : Setiausaha Penaja Perkasa Daerah Ulu Langat

3hb Mei 2010

No comments:

Post a Comment