Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

May 19, 2010

Bantulah Kopral JENAIN BIN SUBI


Yang terjadi sudah pun terjadi dan tidak mungkin dapat di ubah.Walaupun di tuduh cuai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan kehilangan nyawa remaja 15 tahun,Koperal JENAIN BUN SUBI perlu pembelaan oleh masyarakat.


Keluarga beliau perlu pembelaan masyarakat menghadapi saat saat getir ini.Apatah lagi kos pembelaan beliau memerlukan yuran guaman yang pasti tinggi.Ingatlah Koperal Jenain Bin Subi adalah seorang anggota Polis yang sedang bertugas ketika kejadian yang tidak di ingini itu berlaku.


Beliau bukan seorang PENJENAYAH.Beliau bukan sedang menyamun 7Eleven ketika melepaskan tembakan.Beliau bertindak mengikut apa yang beliau kira perlu di lakukan masa itu,walaupun akhir nya ianya didapati silap dan tidak mengikut SOP.Disamping kita bersimpati kepada keluarga Allahyarham adik kita yang malang itu,kita juga perlu berlaku adil kepada Koperal Jenain Bin Subi.


Untuk menghulur bantuan iklas sila bank-in ke akaun Kopral JENAIN BIN SUBI

MAYBANK 162106273888

No comments:

Post a Comment