Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

Apr 27, 2011

1 MELAYU, 1 BUMI

Apa yang di sebut oleh Utusan Malaysia adalah rata-rata pemikiran orang 2 Melayu yang resah, yang ingin memastikan hak keistimewaan mereka di pilihara untuk masa depan Bangsa Melayu.

Ilham agenda 1 MELAYU, 1 BUMI penulis iUtusan Malaysia, bagi kami adalah berdasarkan menyatuan  orang Melayu untuk menjaga hak  keistimewaan yang termaktub di dalam perlembagaan. Adakah seruan penyatuan orang Melayu menerusi tema 1 MELAYU, 1 BUMI ini seruan perkauman?

MCA sebagai party komponen Barisan Nasional tidak harus melatah untuk memanaskan lagi keadaan perkauman. Mereka yang meneraju MCA harus  menerima hakikat nya bahawa bumi ini adalah Tanah Melayu. Dan sejarah terang2 mengatakan orang Cina adalah pendatang yang telah di beri kerakyatan.

Pengkritik  dari pucuk pemimpin MCA ini, mempunyai pemikiran yang sempit kerana mereka tidak dapat menembusi corak sebenar jalan kemerdekaan Negara ini yang telah di penuhi dengan perbincangan yang telah disepakati dengan konsep MENANG-MENANG.

Adakah keritikan MCA ini bersebabkan kejahilan mereka mengenai sejarah atau pun mereka udah mempertikaikan apa yang telah di persetujui, atau hanya melihatkan penyatuan Melayu ini akan merugikan bangsa mereka.

Sekira nya pucuk pemimpin MCA ikhlas mereka akan membuka minda mereka dan melihat ini di dalam perspektif ingin tahu keresahan orang Melayu, maka mereka sepatut nya mencari jalan untuk mengetahui lalu berbincang dan cuba membantu untuk  menguatkan keharmonian dan kemakmuran Negara ini daripada melatah untuk mengeruhkan lagi keadaan.

MCA perlu ingat, kedudukan party itu memerlukan sokongan orang Melayu, seperti mana UMNO juga memerlukan orang bukan Melayu. Tetapi kini, rakyat Cina Malaysia telah terang2 memberi sokongan pada parti2 orang Cina yang bukan dalam Barisan Nasional.

Kami nasihatkan pucuk pemimpin MCA lebeh berusaha untuk duduk dengan NGO2 Melayu untuk mendengar dan membantu memilihara apa yang telah di persetujui pada masa perbentukan Negara ini supaya kita memperolehi kembali konsep MENANG-MENANG.

KAMI ORANG MELAYU BOLEH BERKONSI, TETAPI TIDAK AKAN MENYERAH SEGALANYA.

No comments:

Post a Comment