Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

Apr 17, 2011

KENYATAAN KETUA PERKASA NEGERI SARAWAK

PERKASA Negeri Sarawak amat bersedih dan kecewa kerana pengorbanan Kaum Pribuumi (Bumiputera) Sarawak yg telah selama ini bertolak ansur utk membenarkan "Gagasan Transformasi 1 Malaysia" di jayakan walaupun telah Membenam Hak Keistimewaan Pribumi utk disamaratakan dgn Kaum Bukan Bumiputera. Lihatlah  sbg Contoh yg Mudah bhwa baru2 ini Kerajaan telah menarik balik Peruntukan Pengecualian " Liquidated Acertained Damages (LAD) " utk Kontraktor Kaum Bumiputera yg telah dimansuhkan tanpa berunding oleh Kementerian Kewangan " dan Kerajaan pula mengikut telunjuk tututan Ahli Korprat Kaum Cina utk Menghapus Peranan Pokok Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) tidak lama lagi padahal ialah sahaja yang tinggal utk menjaga kepentingan Kontraktor Bumiputera walaupun telah tegas di tentang hebat oleh Kesatuan2 Bumiputera. Nampaknya Majoriti besar Pengundi Kaum Cina hanya memperalatkan Pemimpin2 BN Mereka utk mengambil kesempatan terhadap keiklasan Kerajaan BN asalkan mereka dapat menuntut hak kesamarataan dgn Kaum Bumiputera padahal "JELAS dan TERBUKTI" Kaum Cina telah menolak BARISAN NASIONAL dan Gagasan Transformasi 1 Malaysia yang di ilhamkan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada Pilihanraya DUN ke 10.

Saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia merangkap Yang Di Pertua Perkasa Cawangan Sarawak ingin mendesak Kerajaan BN Pusat dan Negeri supaya memulangkan kembali Hak dan Peruntukan keistimewaan Bumiputera mengikut Petuntukan Perlembagaan Malaysia dan Jangan keterlaluan
" Melayan Tuntutan Kaum Cina " yg sanggup membalas
" SUSU dgn TUBA".


Semenjak PERKASA dilancarkan di Sarawak  ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan Kaum Cina demi menghormati Gagasan 1 Malaysia dan demi Keharmonian Negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yg amat tinggi dalam hal ini. Pakatan Rakyat lebih2 lagi DAP harus di persalahkan dan dipertanggung jawabkan oleh Kaum Cina jika Kami Pribumi Sarawak menidakan semua tuntutan Kaum Cina.


Inilah Al Kisah keputusan Pilihanraya DUN Sarawak ke 10 yang PRIBUMI ibaratkan seperti " Membela Buaya yang dalam kekeyangan pun akan mengigit tuannya".


Oleh demikian
PERKASA SARAWAK memohon supaya Pribumi Sarawak harus diberi semua tuntutan Mereka seperti berikut:-


1. Mengembalikan Hak Keistimewaan Bumiputera yang Termaktub didalam Perlembagaan Malaysia yang di antaranya adalah:-


a) Kerajaan BN Pusat dan Negeri hendaklah "Mengkhaskan satu dasar khusus utk Bumiputera Sarawak Dan Sabah sbg satu "Tindakan Affirmatif" yg lebih berkesan mengantikan "Dasar Ekonomi Baru" supaya segera dapat meningkatkan Ekonomi Bumiputera dgn perlu dipantau Kesatuan2 Bumiputera.


b) Merealisasikan Hak Kaum Bumiputera yang bukan beragama Islam utk bebas mengamalkan Agama mereka sama seperti mereka yang juga akan menghormati Agama Islam sbg Agama Rasmi Negara.


2. Menuntut supaya semua Rakyat Prbumi perlu menikmati Kemudahan Asas seperti Api, Air dan Klinik.


3. Menuntut Biasiswa Automatik kpd anak2 bumiputera di Sarawak dan Sabah yg mencapai kelulusan minima utk memasuki Kolej Dan Universiti.


4. Memberi kelonggaran khusus kpd Kaum Bumiputera utk memasuki IPTA dalam semua Jurusan kritikal.


5. Mempastikan pengagihan Projek dan Kontrak kpd Kontraktor dan Syarikat bumiputera dilakukan dgn telus dan berkesan dgn membenarkan Kesatuan2 memantaunya.


Barisan Nasional harus kekalkan Simpanan Tetapnya ("Fixed Deposit") Di Sarawak yg tidak boleh sesiapa lagi menganggu gugat atau mempertikaikannya.







Petikan dari: ABANG ABDUL NASSER BIN ABANG HADARI
                   KETUA PERKASA NEGERI SARAWAK


PERKASA HULU LANGAT menyokong penuh kenyataan tuntutan Perkasa Sarawak dan  kami juga mengucapkan " Syabas dan Tahniah" kepada PRIBUMI SARAWAK yang telah mengetepikan emosi dengan menunjukan kemantanggan mereka, untuk bersatu demi masa depan anak2 Pribumi di negeri Sarawak dan Malaysia keseluruhan nya.

SYABAS DAN TAHNIAH.

No comments:

Post a Comment