PERKASA HULU LANGAT BERANGAPAN DEMONSTRASI BERSIH YANG INGIN ATURKAN OLEH AMIGA DAN PKR PADA 9 hb JULAI INI, ADALAH SATU ANCAMAN KEPADA KEAMANAN NEGARA. KAMI MENYERU ORAN-ORANG MELAYU MENGUTUK SEKERAS-KERAS NYA TIDAKAN DEMONSTRASI INI.
PERKASA HULU LANGAT MENUNGGU ARAHAN UNTUK TURUN BERSAMA RAKAN SEPERJUANGAN UNTUK MENJADI BARISAN HADAPAN MENGHALANG ORANG-ORANG YANG BERHASRAT UNTUK MENGGUGAT KEAMANAN NEGARA INI.
Daulat Tuanku

"KESEDARAN"
Jun 14, 2011
Jun 6, 2011
MESYUARAT TAHUNAN KHAS PERKASA HULU LANGAT DAN GOMBAK
TEMPAT. : LAMAN PENGANTIN,TAMAN MELAWATI, ULU KELANG
TARIKH. : 19 JUNE 2011
WAKTU : 10:30 PAGI
TEL. : 017 3030 332 ATAU 016 335 2332 UNTUK PERTANYAAN
HADIR. : YB.DATUK PADUKA IBRAHIM ALI
PRESIDEN PRI BUMI PERKASA MALAYSIA
YBHG.EN.ABDULLAH MANSOR
YDP PERKASA NEGERI SELANGOR
SEMUA AHLI DAN BUKAN AHLI DI JEMPUT DATANG MENDENGAR ISU ISU SEMASA
TARIKH. : 19 JUNE 2011
WAKTU : 10:30 PAGI
TEL. : 017 3030 332 ATAU 016 335 2332 UNTUK PERTANYAAN
HADIR. : YB.DATUK PADUKA IBRAHIM ALI
PRESIDEN PRI BUMI PERKASA MALAYSIA
YBHG.EN.ABDULLAH MANSOR
YDP PERKASA NEGERI SELANGOR
SEMUA AHLI DAN BUKAN AHLI DI JEMPUT DATANG MENDENGAR ISU ISU SEMASA
May 25, 2011
SELAMAT KAN UMAT ISLAM LIBYA
ARKIB : 24/05/2011
Selamatkan Libya daripada serangan tentera NATO
KUALA LUMPUR 23 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu kerajaan melobi negara Islam yang lain untuk membantu menyelamatkan Libya daripada serangan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, akibat serangan itu, ramai rakyat Libya yang tidak berdosa seperti kanak-kanak dan wanita turut terbunuh dan jumlahnya kian meningkat saban hari.
"Kerajaan perlu memainkan peranan untuk mengajak dunia Islam menentang kuasa Barat yang menindas Libya. Ketika ini, kita harus berganding bahu menghulurkan bantuan.
"Barat berselindung di sebalik NATO untuk meneruskan agendanya menghapuskan umat Islam. Mereka mengambil kesempatan tersebut ketika berlakunya pergolakan di Libya," katanya kepada Utusan Malaysia selepas sesi taklimat isu serangan NATO ke atas Libya dan Asia Barat dekat sini malam ini.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 150 orang ahli Perkasa termasuk pimpinan kanan pertubuhan itu.
Sementara itu, beliau berkata, Perkasa juga telah menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat di sini pada 10 Mei lalu bagi mengutuk serangan ke atas Libya.
"Oleh itu, kita minta kerajaan dan rakyat bersama-sama sebulat suara membantu Libya seterusnya mengecam tindakan Barat yang berselindung di sebalik NATO yang mahu menindas umat Islam," katanya.
PERKASA HULU LANGAT INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TANIAH PADA SYARIKAT BUMIPUTRA "RANHILL" YANG MENJALANI PROJEK PEMBINAAN RUMAH PANGSAPURI UNTUK KERAJAAN LIBYA, YANG TELAH BERJAYA MENYELAMATKAN 3,000 PERKERJA MEREKA TERDIRI DARI BANGSA BANGLADESH, THAILAND DAN JUGA DARI MALAYSIA, KELUAR DARI LIBYA DENGAN KOS SEBANYAK 9 JUTA RINGGIT MALAYSIA TANPA SEBARANG PERTOLONGAN DARIPADA KERAJAAN. PADA SYARIKAT RANHILL TERIMA KASEH ATAS MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB, DAN PADA KAKITANGAN WARGA MALAYSIA YANG TELAH MEMASTIKAN DAHULU KESEMUA PEKERJA ASING SELAMAT DI KELUARKAN DARI LIBYA DI DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAHAYA, KAMI MEMBERIKAN SETINGGI-TINGGI PENGHORMATAN DIATAS KEBERANIAN ANDA SEMUA. SYABAS
May 21, 2011
INGAT, SEBAGAI PEMANDU KITA HARUS KENALI JALAN DULU.....
PERKASA HULU LANGAT MEMETIK ARTIKEL YANG KAMI ANGGAP PATUT DI "HIGHLIGHT" KAN SUPAYA PEMIMPIN2 MELAYU YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM PEMANDU DAPAT MENILAI APA YANG PERLU DI PERBAIKI. HASRAT PENULIS ARTIKEL DAN KAMI PERKASA HULU LANGAT HANYA NAK MEMBANTU MEMPERBAIKI APA YANG KAMI NAMPAK KURANG DI DALAM "PEMBANTU".
Kita amat TERKILAN dengan beberapa tindakkan kerajaan yang seakan cuba menCABAR keSABARan rakyat ketika ini..
- Kerajaan telah mengurangkan SUBSIDI bahan mentah seperti GULA hingga menyebabkan harga barangan yang menggunakannya akan turut NAIK.. ->KLIK<-
- Bank jugak telah meNAIKkan kadar BFR hingga menyebabkan banyak pemilik RUMAH terpaksa memBAYAR pinjaman BANK mereka dengan kadar yang lebih TINGGI.. ->KLIK<-
- Yang paling menyakitkan HATI ialah apabila kerajaan seakan buat TAK tahu dengan kadar INFLASI negara yang semakin meningkat tanpa berUSAHA untuk mengatasinya.. ->KLIK<-
MALANGnya, kita perasan kerajaan seakan buat PEKAK dengan perkara sebegini tanpa menyedari banyak RAKYAT merintih SENGSARA akibat tindakkan sebegini.. Yang paling menyakitkan HATI ialah apabila ada beberapa menteri yang terus mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati RAKYAT berhubung SOAL penarikkan SUBSIDI yang KONONnya perlu demi menJIMATkan perBELANJAan kerajaan..Sedangkan semua MAKLUM bahawa Menteri tersebut turut meNIKMATi faedah SUBSISI sama seperti RAKYAT yang lain cuma RAKYAT aje tak meNIKMATi penDAPATan yang tinggi sepertinya? ->KLIK<-
Semasa kerajaan BN di bawah pemerintahan PM ke-5, banyak TINDAKkan DRASTIK yang dilakukannya untuk menarik SUBSIDI telah mencetuskan keMARAHan RAKYAT.. DiFAHAMkan tindakkan sedemikian dilakukan olehnya atas NASIHAT penasihat 'Level 4 BOYS' yang PERASAN merekalah warganegara yang Maha Bijaksana.. Namun, kali ini di bawah DS Najib tindakkan yang seakan SAMA masih dilakukan cuma penasihatnya sahaja yang berLAINan.. Penasihat kali ini dikenali sebagai PEMANDU.. Siapakah di sebalik PEMANDU, anda boleh lihat sendiri di sini.. ->KLIK<-
Yang PELIKnya, seperti jugak 'Level 4 BOYS', PEMANDU jugak seakan tidak mempunyai IDEA yang BERNAS melainkan turut melakukan seperti apa yang diLAKUkan oleh 'Level 4 BOYS' berhubung penarikkan SUBSIDI.. Seperti jugak 'Level 4 BOYS', mereka yang menganggotai PEMANDU jugak dilihat berLAGAK seakan PERASAN elit dan hanya tahu buat KERJA tidak secara 'On the GROUND'.. Dengan kata lain, mungkin mereka hanya meNILAI ikut media massa aje lepas tu main ikut sedap MULUT aje untuk NASIHATkan kerajaan agar ikut apa yang mereka KATAkan.. Kalau SENGET apa yang mereka NASIHATkan, maka SENGETlah apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada RAKYAT..
Kalau diLIHAT siapa KETUA kepada PEMANDU ini, dia adalah seorang ahli POLITIK Gerakan yang 'LOSER' di Pulau Pinang kerana penyebab TUMBANGnya kerajaan BN kepada DAP.. Dia dilihat 'LOSER' kerana keLEMAHannya sendiri yang GAGAL membaca SENTIMEN 'On the GROUND' seperti yang kita sebut.. RAKYAT Pulau Pinang suarakan BENDA lain, dia buat benda lain? Manakala CEO PEMANDU pulak adalah orang yang pernah mengatakan NEGARA ini akan MUFLIS pada tahun 2020 jika pemBERIan SUBSIDI diteruskan.. EH? Hello.. Tun Mahathir pernah lalui 2 kali keGAWATan EKONOMI, tak pernah pun dia TARIK pemBERIan SUBSIDI kepada RAKYAT? Lagi dia bantu RINGANkan beban RAKYAT ada la!
Di sini sahaja kita dapat LIHAT perBEZAan KETARA antara penasihat kepada PM selepas Tun Mahathir dengan penasihat di zaman Tun sendiri.. PemBERIan SUBSIDI memang menambahkan BEBAN kerajaan TETAPI penarikkan SUBSIDI perlulah diLAKUkan hanya apabila RAKYAT benar-benar MAMPU berdikari tanpanya.. SOALnya, adakah RAKYAT ketika ini MAMPU berdikari? Di sini kita LIHAT DS Najib jugak seakan GAGAL memahami SENTIMEN rakyat terutamanya di kawasan bandar.. DS Najib asyik sebut penarikkan SUBSIDI dilakukan agar kerajaan dapat SALURkan lebih BANTUAN kepada RAKYAT khususnya di luar bandar.. Baiklah, bagaimana pulak dengan RAKYAT di bandar? Adakah mereka di bandar ini pada SANGKAan DS Najib benar-benar MEWAH dan tidak perlukan BANTUAN?
Kalau RAKYAT luar bandar diHULURkan bantuan seperti alatan untuk kerja pertanian atau NELAYAN, bagaimana pulak dengan RAKYAT di BANDAR? Adakah pada anggapan DS Najib RAKYAT di BANDAR ini semuanya berpendapatan RM 5 ribu atau RM 6 ribu ke atas? Apakah RAKYAT di BANDAR yang bekerja sebagai pembantu AM, juruteknik, tukang atau kerani diKATEGORIkan sebagai MEWAH? Apakah RAKYAT yang bekerja sebagai EKSEKUTIF atau JURUTERA tetapi hanya diBAYAR gaji sekitar RM 3 ribu ke BAWAH dikatakan sebagai MEWAH? Pernahkah dilakukan KAJIAN tentang betapa DAHSYATnya kesan keNAIKkan KOS HIDUP di BANDAR pada ketika ini?
Kalau SLOGAN 'RAKYAT diDAHULUkan' sering dilaungkan, maka RAKYAT yang mana diDAHULUkan? RAKYAT di BANDAR bukannya ada SAWAH atau reban AYAM atau kolam IKAN untuk menampung keperluan hidup sendiri.. Ramai yang terperuk di rumah-rumah FLET, apartment usang atau rumah TERES yang berSTATUS 'Leasehold' kerana tidak MAMPU untuk memilikki keHIDUPan yang sempurna..Ditambah pulak dengan kerjasama 'GHAIB' antara pihak pemaju dengan BANK untuk menjadikan nilai HARTANAH sebagai sesuatu yang boleh diSPEKULASI, lambat laun kita akan menyaksikan KL menjadi kota yang 'SLUMP' seperti Manila, Bangkok dan Jakarta.. Adakah ini yang diKATAkan keMAJUan? ATAU memang SENGAJA nak halau RAKYAT keluar agar penempatan MEWAH di BANDAR dapat diJUALkan kepada warga ASING seperti di Mon’t Kiara?
Kita SETUJU kalau pemBERIan SUBSIDI diKAWALselia.. SOALnya adakah itu TINDAKkan yang dilakukan oleh PEMANDU? Semua RAKYAT maklum, baik individu dalam PEMANDU mahu pun DS Najib dan para MENTERInya sendiri tidak terlepas daripada meNIKMATi SUBSIDI yang sedia ada ketika ini.. Bolehkah cuba NAFIkan? Bagaimana pulak dengan yang memang KATEGORI dah KAYA seperti tokey-tokey CINA yang menaungi DAP, pemimpin anak-beranak yang MEWAH dalam PAS atau PKR dan balaci-balaci UMNO dalam GLC-GLC negara? Bolehkah diNAFIkan mereka atau ahli keluarga mereka tidak meNIKMATi sebarang SUBSIDI? Bagaimana pulak dengan para penDATANG atau pelabur yang melabur untuk jangka masa SEKEJAP di negara ini? Adakah mereka tidak meNIKMATi SUBSIDI walaupun selepas mengaut KEMBALI hasil keUNTUNGan yang dilaburkan tanpa sedikit pun berikan EHSAN kepada RAKYAT negara ini?
BLOG ini mintak MAAF kerana terpaksa TULIS panjang LEBAR pasal HAL ini TETAPI inilah REALITI yang dialami ketika ini.. Kita jugak menjadi MANGSA terhadap apa yang diKATAkan penarikkan SUBSIDI terhadap barangan seperti GULA dan barangan keperluan lain serta menjadi MANGSA akibat keNAIKkan kadar BFR untuk pinjaman RUMAH oleh BANK yang mana diterajui oleh adik DS Najib sendiri.. Sebab itulah kita BENGANG dengan PEMANDU yang hanya tahu 'IMPOSE the idea' TETAPI tidak pernah pun BUKTIkan bahawa mereka 'WORKING on the GROUND' untuk buktikan BERNAS atau tidak IDEA mereka.. Harap-haraplah anda semua FAHAM apa yang kita CELOTEHkan ini..
di petik dari Blog: The Sense, Credibility and Accountability
di petik dari Blog: The Sense, Credibility and Accountability
May 20, 2011
MANA DIA AMK (ANGKATAN MANUSIA KELIRU)?
PERKASA DI PEJABAT UTUSAN MELAYU
PERKASA sudah berkali-kali memberi amaran pada mana2 pihak baik pun parti politik atau pun orang individu yang berbangsa Melayu, atau pun bukan Melayu untuk hentikan bermain api dengan isu2 seperti Hak-hak Keistimewaan orang Melayu, Agama dan Raja.Raja. yang di anggap sangat sensitif dan boleh memberi implikasi buruk terhadap keamanan negara.
Pada hari ini, Perkasa telah turun beramai-ramai dengan penuh semangat untuk mempertahankan sebuah media masa Melayu yang telah mempunyai sejarah serta peranan pada Bangsa Melayu dan negara sejak zaman kemerdekaan kita lagi. UTUSAN MELAYU adalah media yang memperjuagkan Agama, Bangsa dan Negara.
Angkatan Manusia Keliru AMK dari parti Keadilan Rakya telah mengwawarkan kenyataan di dalam Malaysian Insider dan beberapa media lain, hasrat mereka untuk berdemonstrasi serta mahu menganyang Utusan Melayu pada hari ini selepas solat Juma'at. Juga mereka telah mengeluarkan kenyataan, bahawa mereka sedikit tidak gentar sekira adanya kehadiran PERKASA yang ingin mempertahan kan Utusan Melayu pada hari ini.
Malangnya kami PERKASA sungguh kecewa dengan Angkatan Manusia Keliru ini, kerana tidak kehadiran mereka seperti mana di wawarkan. Mereka ini bukan hanya KELIRU tetapi juga PENGECUT... Dan sekarang mereka telah mengeluarkan kenyataan pada petang tadi sebagai alasan bahawa rancangan mereka telah di sabotajkan. Ini lah dia corak politik menipu rakyat yang diamal dan diajarkan oleh Ketua mereka yang kita lihat banyak bersandiwara, suka memberi alasan demi alasan dengan menyalahkan orang lain untuk MENEGAKAN BENANG YANG BASAH supaya mendapat SEMPATI RAKYAT.
PERKASA HULU LANGAT MENGUCAPKAN SYABAS PADA SUA PERKASA PUSAT, YDP PERKASA NEGERI SEMBILAN, YDP PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN, YDP PERKASA PERAK DAN MANA BADAN NGO JUGA BUKAN NGO YANG HADIR BERSAMA DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
JUGA KAMI UCAPKAN SYABAS DAN TANIAH PADA YDP SELANGOR, PENGURUSI DAERAH KELANG, PENGURUSI DAERAH PETALING PERDANA, PENGERUSI DAERAH PETALING, PENGURUSI DAERAH GOMBAK DAN PENGERUSI HULU LANGAT KAMI.
Pada nama-nama senarai perkasa di atas, dan juga yang hadir bersama, pada mu lah kami bergantung untuk memperjuangkan dan memilihara masa depan anak2 Bangsa Melayu.
May 15, 2011
JANGANLAH KITA JADI MANGSA KEPADA KEBODOHAN KITA SENDIRI YANG TAK PERDULIKAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
Apa yang kita lihat sekarang propaganda pihak antikerajaan mengunakan hasutan dan jarum di cucuk , Rakyat diberitahu berapa teruk dan korupnya kerajaan, mereka menekan pada isu-isu masaalah rakyat yang kebanyakan nya di ada-adakan supaya ianya di besar-besarkan untuk menambahkan DOS KETIDAKPUASHATIAN rakyat kepada kerajaan ketahap maksimum.
Tektik ini adalah serupa yang di gunakan di Negara Timur Tengah yang kita lihat kejatuhan kerajaan-kerajaan yang tak pernah kita dugakan boleh berlaku. Tektik ini yang di gelar PROBLEM-REACTION-SOLUTION, mereka menbesar -besarkankan masaalah, menaikan dos kemarahan rakyat kemudian berjanji memberikan penyelesaian. Rakyat akan terpengaruh dengan janji-janji penyelesaian dan menyanka ini lah penawar yang dapat di beri oleh pihak antikerajaan, tetapi mereka tertipu, PENAWAR DI BERI ITU, SEBENARNYA RACUN
Tektik ini adalah serupa yang di gunakan di Negara Timur Tengah yang kita lihat kejatuhan kerajaan-kerajaan yang tak pernah kita dugakan boleh berlaku. Tektik ini yang di gelar PROBLEM-REACTION-SOLUTION, mereka menbesar -besarkankan masaalah, menaikan dos kemarahan rakyat kemudian berjanji memberikan penyelesaian. Rakyat akan terpengaruh dengan janji-janji penyelesaian dan menyanka ini lah penawar yang dapat di beri oleh pihak antikerajaan, tetapi mereka tertipu, PENAWAR DI BERI ITU, SEBENARNYA RACUN
Mereka mengunakan PROVOKASI membangkitkan isu-isu sensitive seperti Agama, Hak keistimewaan Melayu untuk menaikan kemarahan orang Melayu, supaya dengan kemarahan ini akan mengangu ketenteraman Negara yang akan merosakan lagi ekonomi kita. Mereka akan gunakan kemelesitan ekonomi untuk menjatukan lagi kredibiliti kerajaan melalui hasutan mereka. Perkara ini jelaskita lihat yang terjadi di Negara–negara Timur Tengah.
Marilah kita renungkan adakah situasi yang berlaku di Negara Timur tengah ini boleh berlaku di Negara kita ini? Jawapanya tidak mustahil, memandangkan kelemahan bangsa Melayu yang berpecah bersebabkan hasutan dari individu dan parti-parti politik yang punyai agenda jngjnkan kuasa yang sanggup mengadaikan bangsa demi kuasa. Mereka ini juga telah mendapat sokongan dari Negara luar yang ingin meluaskan lagi pengaruh agenda THE NEW WORLD ORDER yang seperti mana kita telah lihat berlaku nya di Negara Timir Tengah. JANGAN LAH KITA IBARAT MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI.
Bagaimana untuk mengelakan ini berlaku pada Malaysia? Jawapannya boleh, melalui AGENDA PENYATUAN MELAYU. Dengan penyatuan ini kita dapat menguatkan dan menentukan pemerintahan bangsa Melayu demi masa depan anak cucu kita.
Penyatuan Melayu boleh di relisasikan dengan gabongan UMNO bersama PAS. Pas perlu keluar dari Pakatan Rakyat.Biar PKR dan DAP hidup segan mati tak mahu di dalam arus politik Malaysia.Jika ini berlaku,lama kelamaan ahli-ahli PKR akan kembali ke pangkuan UMNO dan BN. Maka ini akan mengurangkan pecahan undi Melayu;kembali ke nisbah yang sama sebelum penubuhan PKR-hanya berpecah antara UMNO dan Pas.DAP akan berseorangan, dan ini MENJADIKAN IA TIDAK RELEVAN KERANA KEMBALI MENJADI PARTI BERIMEJKAN RASIS DAN TIDAK POPULAR. Bila ia tidak popular, lama-kelamaan undi kepadanya hanya bersumberkan majoriti kaum Cina sahaja.BN seperti biasa akan menjalankan propaganda memburukkan DAP, sebagai usaha menaikkan kembali MCA dan Gerakan. DAP akan tersepit,seperti biasa kaum Cina akan menjalankan 'undi tidak percaya'. Ini kerana TABIAT BERPOLITIK KAUM CINA LEBIH KEPADA POLITIK EKONOMI DAN PELUANG EKONOMI. Ini nombor satu,barulah kepada isu lain seperti sekolah Cina atau lain-lain.MCA sebagai contoh sudah pasti banyak mendapat dana dari kerajaan maka cukup untuk menarik sokongan kaum Cina kembali.DAP akan semakin lama semakin malap dan kembali kepada status parti yang rasis,tidak popular,miskin isu dan berimej komunis,iaitu imej sebelum PAS dan PKR bekerja sama dengan mereka.
PKR akan bubar,kerana ketandusan isu.Sebenarnya PKR wujud kerana Anwar Ibrahim dan jika Anwar Ibrahim meninggal dunia atau keluar dari politik, PKR SUDAH PASTI AKAN BERKUBUR. Adalah lebih baik Anwar Ibrahim mengundurkan diri kerana dirinya sudah menjadi sarang fitnah dan liabiliti kepada partinya sendiri. Tidak penting sama ada beliau bersalah atau tidak,yang penting beliau sudah semakin tua dan tidak relevan lagi berada dalam politik.Lebih baik beliau berundur diri atau membubarkan partinya,ketika orang Melayu masih mengingati jasanya ketika di dalam kerajaan.Sungguh, jika Anwar Ibrahim meninggal dunia,barulah orang akan mengatakan yang baik-baik sahaja mengenai beliau dan sedia melupakan segala fitnah dan keburokan yang terpalit di tubuh beliau.
Kini tinggal UMNO dan PAS. Ini lebih mudah untuk diuruskan.Apa yang menjadi kemarahan PAS dan kewujudannya ialah kerana UMNO TIDAK MENJALANKAN HUKUM ALLAH dalam pemerintahan. UMNO adalah parti Melayu bertunjang sekular dan hedonisme. Namun adalah tidak bijak jika kita bersekongkol dengan DAP hanya untuk menjatuhkan UMNO, yang majoritinya orang-orang Melayu beragama Islam. Tindakan yang bijak ialah bersabar dengan UMNO, berikan contoh yang terbaik dan berusaha berdakwah kepada UMNO supaya ingat Allah dan Rasul-Nya. Mungkin ini mengambil masa yang lama; tidak penting berapa kuantiti ahli UMNO yang insaf,yang penting kita mengambil tindakan yang betul sambil bertawakal kepada Allah s.w.t.Yang beri hidayah adalah Allah s.w.t bukan kita.Kita hanya berusaha.
Pemimpin UMNO harus terima hakikatnya apa yang belaku sekarang adalah atas kesilapan mereka juga, pemimpin-pemimpin mereka harus sedar dan kembali berjuang berdasarkan BANGSA , AGAMA DAN NEGARA.
Perkasa Hulu Langat, ada yang di petik dari artikal Blog Mistisfiles
May 9, 2011
KRISTIAN AGAMA RASMI MALAYSIA?
KENYATAAN BLOGGER BIG DOG BERTAJUK “MAKING CHRISTIANITY THE OFFICIAL RELIGION” AMAT BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN NEGARA.
PERKASA NEGERI SELANGOR MENENTANG HABIS2SAN DENGAN APA YANG DICADANGKAN PADA PERJUMPAAN PADERI-PADERI DARI SARAWAK DAN JUGA LUAR NEGARA DI PULAU PINANG BERSABIT DENGAN PERKARA DIATAS. ADALAH MENJADI SUATU ISU YANG MEMBANGKITKAN KEMARAHAN ORANG MELAYU KERANA MEREKA INI INGIN MENJADIKAN AGAMA KRISTIAN SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN DAN JUGA PERDANA MENTERI DARIPADA KALANGAN AGAMA ITU.
PERKASA SELANGOR MENGUTUK SEKERAS2NYA DAN MEMINTA PIHAK BERKUASA MENGAMBIL TINDAKAN SERIUS DAN SEKALI GUS MENGHERET DAN MENGHUKUM MEREKA YANG TERLIBAT DIBAWAH AKTA HASUTAN . INI ADALAH SATU ANCAMAN BESAR KEPADA NEGARA.
WALAUPUN YB JEFF OOI AHLI PARLIMEN JELUTONG YANG MENGANJURKAN PERJUMPAAN INI TELAH MENAFIKAN KENYATAAN TERSEBUT AKAN TETAPI ISU INI TELAH MENULAR DIDALAM BLOG-BLOG DAN PERKASA SELANGOR PERCAYA ISU INI ADA KEBENARANNYA YANG AKAN MEMBANGKIT KEMARAHAN ORANG MELAYU.
KOLONEL (KEHORMAT) RELA ABDULLAH HJ MANSOR
YANG DI PERTUA PERKASA NEGERI SELANGOR
Subscribe to:
Posts (Atom)