Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

Oct 13, 2011

HORMATI TITAH SULTAN SELANGOR

YDP PERKASA SELANGOR YBHG EN. ABDULLAH MANSOR


SHAH ALAM 10 Okt. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini meminta semua pihak khususnya pertubuhan agama bukan Islam supaya tidak sesekali menyebar atau memesongkan akidah umat Islam dengan ajaran agama mereka seperti yang dititahkan Sultan Selangor.Mereka juga menjunjung titah baginda yang menegaskan bahawa tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan pemeriksaan ke atas Kompleks Dream Centre, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang negeri.  


Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Abdullah Mansor berkata, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah itu jelas menunjukkan ketegasan baginda selaku Ketua Agama Islam Negeri dalam menjaga kedudukan agama itu di Selangor.Ini kerana katanya, titah baginda itu dibuat selaras dengan peruntukan perundangan di bawah Perkara XLVII, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan juga Fasal (1) Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negeri dan Persekutuan.  


Malah jelasnya, titah itu juga dibuat berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada JAIS di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam)Selangor, 1988.“Justeru, kita menjunjung kasih dengan titah baginda mengenai perkara ini yang mahu semua pihak tidak mengira agama supaya menghormati kedudukan agama Islam dan peranan JAIS dalam menguatkuasakan undang-undang membabitkan agama dan penganut Islam di negeri ini.“Ini kerana, sebarang penyebaran agama lain ke atas umat Islam baik di Selangor atau mana-mana negeri adalah tindakan yang bertentangan undang-undang selain menggugat keharmonian masyarakat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Selangor yang menyatakan tindakan JAIS mengadakan pemeriksaan ke atas kompleks berkenaan adalah betul dan berlandaskan lunas undang-undang serta bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepada pihak berkuasa agama itu.





No comments:

Post a Comment