Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

Oct 29, 2011

PERLANTIKAN DAN PENUBUHAN PERKASA KAJANG

PERKASA KAJANG TELAH DI TUBUHKAN DAN DI TERAJUI OLEH SAUDARA ESMA BIN RAHIM, DAN PERKASA KAJANG TELAH BERMULA DENGAN PENYERAHAN SEBANYAK 50 BORANG AHLI YANG TELAH DI ISI, SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI DI KAWASAN DUN KAJANG SILA HUBUNGI BELIAU DI TEL 017-2300836.

SAUDARA EZMA RAHIM SEBELAH KIRI BERBAJU KUNINIG DAN TIMBALAN  SAUDARA AZAHAR KHALID ATAU BOB DAN YANG LAIN ADALAH AHLI-AHLI KAJANG 


ABANG OTHMAN MOHAMED YUSOF SETIAUSAHA PERKASA HULU LANGAT SEDANG MEMBERI PENERANGAN DAN KATA-KATA SEMANGAT PADA AHLI-AHLI KAJANG, SEBELAH KANAN BELIAU PENYELARAS DUN PERKASA KAJANG EN. EZMA DAN SEBELAH KIRI BELIAU PENGERUSI PERKASA DAERAH HULU LANGAT YM RAJA NAZARUDIN DATO' RAJA NASRON. 

MESYUARAT AGUNG PERKASA MALAYSIA 2011

Mesuarat Agung Perkasa Malaysia yang telah di adakan di Dewan Centrum, Taman Setiawansa, Selangor telah di hadiri seramai 7,000 Perwakilan dan pemerhati. Mesyuarat telah di rasmikan oleh mantan Ketua polis Negara Tan Sri Hanif Omar. Pembentangan Usul untuk di bahas di bacakan oleh Presiden Perkasa dan pembahas usul dari Selangor di wakilkan pada Ustaz Ahli Jawatan Kawasa Biro Penerangan Selagor. Pembahasan beliau sungguh mantap dan di sambut dengan tepukan gemuruh dari semua yang hadir dalam dan luar dewan.


PERMULAAN MESYUARAT AGUNG PERKASA MALAYSIA DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARA KU


HADIRIN YANG MEMBANJIRI DEWAN SEDANG MENNYANYIKAN LAGU PERKASA


USTAZ NAJEEB MEMBAHASKAN USUL BAGI PIHAK NEGERI SELANGOR


DARI KIRI YB ZULKIFILI NORDIN YANG TELAH DI LANTIK DAN DI SOKONG OLEH SEMUA HADIRIN DALAM MESYUARAT AGUNG MALAYSIA SEBAGAI NAIB PRESIDEN PERKASA MALAYSIA, YDP SELANGOR TUAN HJ ABDULLAH BIN MANSOR, YM RAJA NAZARUDI BIN DATO' RAJA NASRON PENGERUSI PERKASA HULU LANGAT DAN EN. AHMAD ZAMBRI BIN ZAHARI SETIAUSAHA KEHORMAT PERKASA SELANGOR


KERIS PANJANG PERKASA

Oct 13, 2011

HORMATI TITAH SULTAN SELANGOR

YDP PERKASA SELANGOR YBHG EN. ABDULLAH MANSOR


SHAH ALAM 10 Okt. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini meminta semua pihak khususnya pertubuhan agama bukan Islam supaya tidak sesekali menyebar atau memesongkan akidah umat Islam dengan ajaran agama mereka seperti yang dititahkan Sultan Selangor.Mereka juga menjunjung titah baginda yang menegaskan bahawa tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan pemeriksaan ke atas Kompleks Dream Centre, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang negeri.  


Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Abdullah Mansor berkata, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah itu jelas menunjukkan ketegasan baginda selaku Ketua Agama Islam Negeri dalam menjaga kedudukan agama itu di Selangor.Ini kerana katanya, titah baginda itu dibuat selaras dengan peruntukan perundangan di bawah Perkara XLVII, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan juga Fasal (1) Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negeri dan Persekutuan.  


Malah jelasnya, titah itu juga dibuat berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada JAIS di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam)Selangor, 1988.“Justeru, kita menjunjung kasih dengan titah baginda mengenai perkara ini yang mahu semua pihak tidak mengira agama supaya menghormati kedudukan agama Islam dan peranan JAIS dalam menguatkuasakan undang-undang membabitkan agama dan penganut Islam di negeri ini.“Ini kerana, sebarang penyebaran agama lain ke atas umat Islam baik di Selangor atau mana-mana negeri adalah tindakan yang bertentangan undang-undang selain menggugat keharmonian masyarakat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Selangor yang menyatakan tindakan JAIS mengadakan pemeriksaan ke atas kompleks berkenaan adalah betul dan berlandaskan lunas undang-undang serta bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepada pihak berkuasa agama itu.





Benarkah Melayu Mengemiskan Perlindungan oleh Kerajaan Sendiri?



Semalam YAB Perdana Menteri semasa berucap di Majlis Pelancaran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu telah diantara lain berkata "Melayu abad ke-21 tidak boleh berselindung disebalik perlindungan kerajaan untuk berjaya" (Utusan Malaysia Jumaat 30.09.11 Dalam Negeri m/s 3).

Ungkapan ini diletakkan juga dimuka hadapan Utusan Malaysia. Persoalannya ialah benarkah orang Melayu hanya boleh berjaya dengan menagih perlindungan kerajaan? 

YAB Perdana Menteri selanjutnya menyebutkan kelebihan dan kebolehan yang ada pada orang Melayu yang berasaskan ilmu, kemahiran berfikir dan minda yang tajam. Kelebihan ini katanya akan memberikan kejayaan yang bermaruah dan terhormat, tetapi orang melayu perlu ada keberanian dan keyakinan diri untuk berjaya.

Persoalan lagi ialah, apakah orang melayu tidak sedar atau malas menggunakan kelebihan tersebut dan/atau masihkah orang Melayu bersikap berlindung kepada perlindungan kerajaan? Jika YA, bolehkah pihak YAB Perdana Menteri perjelaskan dengan lebih lanjut keadaan ini dan sebab ia dikatakan begitu?

Saya hadir di majlis pelancaran MTEM malam tadi itu bersama-sama beberapa orang rakan diatas jemputan yang diberikan oleh penganjur. Jemputan dengan borang pendaftaran melalui e-mail, tetapi sungguh kecewa dengan urusetia penganjurannya yang "hampeh". Urusetia penganjurannya tipikal satu kegagalan . Tidak langsung menampakkan keikhlasan maksud MTEM itu sendiri. Ia lebih pada satu majlis mengumpul seramai mungkin tetamu lantas deretan bas dan berbondong-bondong manusia termasuk berbagai lapisan dari yang bertongkat hingga ke anak-anak kecil dikendong. Pelajar IPTA berdekatan berbaris-baris menguasai segala sudut kosong. Tetamu berpakaian sesuka hati, ada yang berfesyen ala Namewee. Tak mengapalah, sedang kita yang mendaftarkan kehadiran melalui borang diemail diberikan kad jemputan "berpakaian kebangsaan". Sesampai di venue, meja pendaftaran setakat melepas batuk ditangga dengan urusetia memegang kertas putih kosong tanpa senarai dan kita ditanya nama dan ditulislah dengan ballpoint setakat jangan tak tulis. Kemudian...pandai-pandailah cari tempat duduk. Didalam Dewan dah penuh sesak dan meja dah di bolot oleh yang datang awal tanpa sebarang tanda ada sebarang perancangan selain nombor atas meja yang tak membawa apa-apa erti pada para tetamu. Bukan nak komen atau nak ngomel, tetapi itulah dia suasananya. Kami ambil keputusan balik sebelum pun PM datang dan berakhir makan satay Samuri di R & R Awan Besar, lengkap berbaju Melayu. Lagi best !!

Pagi ini baca Utusan dan itulah ucapan Perdana Menteri. Perlukah ucapan begini pada abad ke-21 didalam waktu kita sudah Merdeka 54 Tahun dan di perintah oleh kerajaan bertunjangkan Melayu sejak itu? Perlukah kita asyik nak kritik orang melayu dan di abad ke 21?

Jika dikatakan perlu, maka apakah salah, orang Melayu diberikan perlindungan? Apakah salah ,orang melayu mahu berlindung pada perlindungan? Apakah perlindungan itu satu kesalahan? 

Jika pada sudut pandang Perdana Menteri, melindungi orang melayu itu satu bebanan atau satu kesalahan, maka apakah beliau tidak menghurmati PERLEMBAGAAN Negara atau beliau sekarang dalam usaha TRANSFORMASI bagi merubah juga PERLEMBAGAAN? 

Orang Melayu tidak mati tanpa perlindungan. Orang Melayu tidak mengamuk kerana tidak dapat perlindungan. Orang Melayu menghargai perlindungan itu dan menggunakannya dengan akal dan perasaan syukur nikmat. Hakikatnya orang Melayu bukan menagih atau mengemis TETAPI orang Melayu BERHAK kepada perlindungan sebagai satu HAK yang termaktub didalam Perlembagaan. Orang melayu berhak berdasarkan hakikat sejarah, hakikat majoriti, hakikat keadilan, hakikat demokrasi. Ia satu HAK bagi mereka dan menjadi AMANAH kepada kerajaan. Apakah kerajaan yang bertunjangkan Melayu merasakan ia satu bebanan? Jika padi tidak mengharapkan kepada pagar kepada siapakah hendak di harap? Jika kerajaan Melayu pun nak mengumpat dan mengeluh, maka apakah kita harapkan kepada kerajaan yang tidak nanti bertunjangkan orang Melayu? Jika orang Melayu tidak boleh melindung orang Melayu, apakah orang lain boleh?

Kita menyerulah kepada Kerajaan bertunjangkan Parti Melayu ini jangan asyik melihat salah dan lemah orang Melayu yang mengharapkan kepadanya. Itu pun kita tak menagih atau mendesak, kita hanya harapkan dia dapat jalankan AMANAH yang sudah termaktub didalam PERLEMBAGAAN dan membela HAK yang sudah termaktub didalam sejarah, HAK yang orang Melayu sudah redha dikongsi dan dikompromi demi Nusa dan Bangsa. Apakah salah orang Mel;ayu hendak bernaung dengan HAK yang sedikit tinggal dan diharapkan dijaga dan dilunaskan oleh kerajaan bertunjangkan Melayu juga, yang diamanahkan menaunginya?

Sudah-sudahlah...Buat je lah kerja dan pertingkatkan usaha selari dengan suasana abad ke-21 tanpa perlu lagi orang Melayu diminta berkorban. Dah tak ada apa yang tinggal pun untuk dikorbankan. Tak tahulah kalau orang Melayu nanti bersetuju dengan PM, maka kita korbankan sahaja lah kehendak kepada kerajaan Melayu kerana tidak ada bezanya pun kan? 

Oct 1, 2011

ADAKAH MELAYU AKAN MENYOKONG BN?

PRU13- ANALISA SWOT BN PALING MUTAKHIR
Apakah isu-isu mutakhir ini memberi kelebihan atau sebaliknya kepada BN?

1. Sistem kuota akhirnya akan dihapuskan - dibayangkan oleh PM.
2. Share swap Mas-Airasia dan "rangkaian legasi Tingkat 4" yang semakin mencengkam.

3. E & O/Sime Darby
4. Pemansuhan ISA dan akta alternatif.
5. Pengiktirafan secara tak langsung
terhadap Namewee.
6. Sikap generous kerajaan kepada sekolah vernakular.
7. Pendirian MCA dan Chua Soi Lek yang kelihatan tidak berapa BN.
8. Peningkatan bil.menteri MIC kepada 2 dalam situasi prestasi merudum.

Apakah isu di atas berkait secara langsung dengan kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat? Jika tidak berkait dengan rakyat, isu ini berkait dengan apa? Atau isu-isu ini mungkin berkait dengan
penyelesaian berkaitan dengan;

1. Kaduk naik junjung.
2. Nasib Pak kaduk, menang sorak kampong tergadai.
Nota kaki : Anwar Ibrahim telah tersilap membuat keputusan dalam pemilihan pakar DNA dari Australia. Kesilapan ini sangat mendedahkan Anwar kepada kegagalan dalam pembelaan diri.

Pengajarannya: kesilapan membuat keputusan dan percaturan akan mendedahkan BN(Umno) kepada bahaya-bahaya berikut;

1.Kekecewaan "hardcore" parti di peringkat bawahan secara senyap.
2. Penolakan puak-puak yang diberi muka, juga secara senyap. Maksudnya kena main.

Untuk peringatan sejarah; 2 faktor di atas inilah yang telah menyebabkan pemimpin BN terkejut beruk dengan keputusan PRU12 yang lalu.

KEPAL NASI KEPAL BERAS ( Di petik dari bog pro UMNO)