Aku cukup kelakar betul bila terbaca berita bahawa si KP UMNO yang terlampau Pondan dalam sejarah UMNO menerima ugutan bunuh! Perghhh, sebiji macam bapak angkat dia si Anuvaji Pandikutty yang lari ke kedutaan Turki sebab ada orang nak bunuh dia! Muahahahahahaha
Udah-udahlah tu Kitol oi, kita semua tau kau ni siapa! Toksah nak berlakon la beb. Nampak sangat kau ni tengah desperate tahap gaban punya. Kau dan Anuvaji Pandikutty akan buat apa saja demi nak meraih simpati dan populariti!
Wei Kitol! PM sudah cakap hari ini bahawa sesiapa yang menyertai perhimpunan haram 9 Julai ni nanti dan sekiranya berlaku huru hara serta kerosakan kepada negara maka sesiapa yang menyertainya bakal bertanggungjawab! Kau faham tak apa yang PM cakapkan tu Kitol?
Kalau kau tak faham, ada baiknya kau baca apa yang ditulis olehKamarulzaman Kamdias kat bawah ni:
Khairy Jamaludin jelas, sudah semakin hilang fokus selaku Ketua Pemuda UMNO. Dia tidak tahu bagaimana pergerakan Pemuda UMNO harus dipandu dalam senario hari ini.
Jika pemuda umno diibaratkan sebatang pokok, 'ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berakar, di tengah pula sedang reput dilerek kumbang'.
Itulah gambaran halatuju perjuangan pemuda umno di bawah pimpinan Sdr Khairy Jamaludin.
Selaku sayap kanan UMNO, pemuda sudah tidak lagi berfungsi sebagaimana lazimnya ia patut berfungsi.
Pemuda UMNO selaku tulang belakang Pemuda BN sudah tidak tahu apa peranan dan di mana haluan yang harus dimainkan sebagai tulang belakang pemuda BN.
Bila mana pemuda harus bertindak mendahulukan perjuangan selaku sayap pemuda umno, khairy bertindak seperti pengerusi pemuda BN.
Bila mana selaku pengerusi BN harus berhadapan dengan pembangkang dalam memperjelaskan konsep 1Malaysia menurut versi Barisan Nasional, Khairy terikut dengan rentak dan hujah idea 1Malaysia versi DAP.
Peranan selaku Pemuda UMNO yang sepatutnya tegas menjunjung prinsip asas perjuangan umno dalam membela agama, bangsa dan tanah air sudah tidak lagi menjadi pertimbangan pemuda pimpinan Khairy. Realiti sejarahnya, Pemuda tidak pernah bertolak ansur dalam hal ini, walaupun terpaksa berkata benar dan pahit kepada UMNO induk.
Itulah fungsi pemuda sejak awal penubuhannya.
Pendek kata, pemuda umno sepatutnya lebih pribumi perjuangannya dari umno induk. Pemuda harus berfungsi sebagai pendesak dan pengimbang dalam memastikan ideologi perjuangan asas umno berada terus di landasan seperti yang digariskan oleh perlembagaan parti.
Ketua Pemuda UMNO selaku pengerusi pemuda BN juga harus memastikan pemuda BN bergerak sealiran dengan prinsip, misi dan matlamat perjuangan BN yang mengamalkan konsep persefahaman dan perkongsian kuasa. Ketua Pemuda juga harus memastikan ideologi dan gerakerja pemuda BN tidak bertentangan di dalam perkara-perkara asas permuafakatan sesama BN.
Khairy tidak tahu mengimbangkan tanggungjawabnya sebagai ketua pemuda umno dan pada masa yang sama fungsinya selaku pengerusi pemuda BN.
Apabila timbul isu yang memerlukan sokongan dan desakan dari pemuda umno dalam memastikan segala peruntukan dan hak istimewa melayu yang disebut di dalam perlembagaan dipertahankan dan tidak diganggu gugat, Khairy bertindak mengikut perspektif kononnya sebagai seorang pengerusi pemuda BN, harus bersifat OneMalaysia. Tetapi hakikatnya dia terikut-ikut dengan Onemalaysia versi DAP.
Sepatutnya dia selaku pengerusi BN harus memegang prinsip 'permuafakatan dalam perkara pokok' yang dipersetujui bersama, iaitu taat dan akur dengan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara.
Jika permuafakatan itu harus dirumus menurut konsep 1Malaysia, ia harus didefinisikan secara jelas dan difahami bersama dengan seluruh anggota pemuda BN supaya prinsip itu tidak bertentangan dengan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan. PM sendiri telah berulang kali menekankan konsep 1Malaysia tidak sama sekali mengenepikan apa-apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan.
Kesilapan dan kealpaan terbesar Khairy ialah kegagalan beliau selaku ketua pemuda umno dan pengerusi pemuda BN mendalami sendiri bagaimana konsep 1Malaysia harus dibawa seperti yang digariskan oleh PM.
Akhirnya, Khairy mengambil perspektif dan pemikiran sendiri dalam mengolah dan menggayakan kepimpinannya yang pada anggapannya selari dengan 1Malaysia yang dibawa oleh PM, walhal pada hakikatnya hujah dan tindakannya telah beberapa kali memberi bola tanggung kepada DAP dan rakan-rakan komponen pemuda BN sendiri untuk mengasak kepentingan agama, bangsa dan tanah air ke sudut yang akhirnya memerangkap UMNO.
Lebih buruk lagi ialah apabila Khairy selaku ketua pemuda sudah tidak kenal asal usul keturunan dan darah perjuangan umno.
Jika di dalam adat perpatih yang dipegang kuat terutama oleh masyarakat di Rembau dan Kuala Pilah, tidak dibenarkan kahwin sama se suku. Ia memberi gambaran betapa rapatnya hubungan darah antara mereka kerana sesama suku pun dianggap sebagai saudara sendiri. Rasional tersiratnya, jika berkahwin se suku pun tidak dibenarkan, apa lagilah untuk dimusuhi saudara sedarah sedaging sendiri. Pelanggaran ini menurut adat amat keras hukumannya. Ia boleh jatuh kepada melanggar sumpah setia seperti yang telah dimeteri di antara Dt.Ketemanggungan dan Dt.Perpatih Nan Sebatang yang telah meletakkan asas syarak mengata dan adat memakai.
Apabila kita sudah tidak kenal asal usul perjuangan UMNO, bagaimana kita mahu memimpin? Bolehkah kita harapkan seseorang yang buta menjadi penyuluh jalan?
Apabila kita berpedomankan seseorang yang buta untuk menyuluh hidup, itu memberi gambaran betapa mala petaka kepada bangsa melayu sudah sampai ke cucur atap.
Kita lihat hari ini bagaimana pemuda UMNO dengan begitu bangga mengistiharkan perang terhadap perjuangan yang sepatutnya dijuarai sendiri oleh pemuda. Tetapi disebabkan pemuda sudah tidak kenal asal usul perjuangannya, pemuda telah bertindak memerangi sendiri golongan yang cuba membela perjuangan yang sepatutnya dijuarai oleh pemuda umno.
Akibat dari meletakkan seorang yang buta sebagai penyuluh, maka seluruh institusi pemuda umno hari ini secara tidak disedari telah melanggar sumpah perjuangan datuk nenek mereka untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air hingga ke titisan darah terakhir.
Angkara buta perjuangan, pemuda telah memusuhi Perkasa yang saling tak tumpah memperjuangkan apa yang telah puluhan tahun diperjuangkan oleh para pengasas UMNO.
Akibat tidak mengenali asal usul dan darah perjuangan yang mengalir di dalam tubuh PERKASA adalah darah perjuangan sama yang mengalir di dalam tubuh UMNO, hari ini Khairy telah mengeluarkan keris dari sarung untuk merodok perut saudara sedarah dan seperjuangannya sendiri.
Ketajaman senjata perjuangan pemuda yang sepatutnya dihalakan kepada musuh bersama sebaliknya telah dihalakan kepada PERKASA yang teguh membela agama, bangsa dan tanah air sepertimana yang digariskan oleh perlembagaan negara.
Jika khairy dan rakan-rakannya cuba memperkecilkan mitos atau realiti persumpahan Dt Ketemanggungan dan saudaranya Dt Perpatih sebagai sesuatu yang tahyul, dia bebas untuk berkata demikian.
Tetapi apa yang jelas dan pasti ialah, barang siapa yang turut menghulur tangan menyumbang kepada runtuhnya kedaulatan agama, bangsa dan tanah air, pasti akan dimakan sumpah.
Sejarah telah membuktikan golongan yang tersepak naik, terlanda turun atau naiknya tidak berjenjang, turun tidak pula bertangga, lambat laun pasti akan dihukum akibat dari perbuatan tangan-tangan sendiri.
Sejarah tidak pernah mungkir. Jika tuhan masih menyayangi sesuatu kaum itu atas sebab-sebab yang dipandangNya masih mempunyai sifat-sifat terpuji dan mulia, sudah pasti Dia tidak akan membiarkan perjuangan ini diwarisi oleh mereka yang buta usul asal dan perjalanan bangsanya sendiri.
No comments:
Post a Comment