Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

Jun 26, 2011

BUDAK KHAIRY KITOL CARI SEMPATI PULAK



Aku cukup kelakar betul bila terbaca berita bahawa si KP UMNO yang terlampau Pondan dalam sejarah UMNO menerima ugutan bunuh! Perghhh, sebiji macam bapak angkat dia si Anuvaji Pandikutty yang lari ke kedutaan Turki sebab ada orang nak bunuh dia! Muahahahahahaha

Udah-udahlah tu Kitol oi, kita semua tau kau ni siapa! Toksah nak berlakon la beb. Nampak sangat kau ni tengah desperate tahap gaban punya. Kau dan Anuvaji Pandikutty akan buat apa saja demi nak meraih simpati dan populariti! 

Wei Kitol! PM sudah cakap hari ini bahawa sesiapa yang menyertai perhimpunan haram 9 Julai ni nanti dan sekiranya berlaku huru hara serta kerosakan kepada negara maka sesiapa yang menyertainya bakal bertanggungjawab! Kau faham tak apa yang PM cakapkan tu Kitol? 

Kalau kau tak faham, ada baiknya kau baca apa yang ditulis olehKamarulzaman Kamdias kat bawah ni:

Khairy Jamaludin jelas, sudah semakin hilang fokus selaku Ketua Pemuda UMNO. Dia tidak tahu bagaimana pergerakan Pemuda UMNO harus dipandu dalam senario hari ini.

Jika pemuda umno diibaratkan sebatang pokok, 'ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berakar, di tengah pula sedang reput dilerek kumbang'.

Itulah gambaran halatuju perjuangan pemuda umno di bawah pimpinan Sdr Khairy Jamaludin.

Selaku sayap kanan UMNO, pemuda sudah tidak lagi berfungsi sebagaimana lazimnya ia patut berfungsi.

Pemuda UMNO selaku tulang belakang Pemuda BN sudah tidak tahu apa peranan dan di mana haluan yang harus dimainkan sebagai tulang belakang pemuda BN.

Bila mana pemuda harus bertindak mendahulukan perjuangan selaku sayap pemuda umno, khairy bertindak seperti pengerusi pemuda BN. 

Bila mana selaku pengerusi BN harus berhadapan dengan pembangkang dalam memperjelaskan konsep 1Malaysia menurut versi Barisan Nasional, Khairy terikut dengan rentak dan hujah idea 1Malaysia versi DAP.

Peranan selaku Pemuda UMNO yang sepatutnya tegas menjunjung prinsip asas perjuangan umno dalam membela agama, bangsa dan tanah air sudah tidak lagi menjadi pertimbangan pemuda pimpinan Khairy. Realiti sejarahnya, Pemuda tidak pernah bertolak ansur dalam hal ini, walaupun terpaksa berkata benar dan pahit kepada UMNO induk. 

Itulah fungsi pemuda sejak awal penubuhannya.

Pendek kata, pemuda umno sepatutnya lebih pribumi perjuangannya dari umno induk. Pemuda harus berfungsi sebagai pendesak dan pengimbang dalam memastikan ideologi perjuangan asas umno berada terus di landasan seperti yang digariskan oleh perlembagaan parti.

Ketua Pemuda UMNO selaku pengerusi pemuda BN juga harus memastikan pemuda BN bergerak sealiran dengan prinsip, misi dan matlamat perjuangan BN yang mengamalkan konsep persefahaman dan perkongsian kuasa. Ketua Pemuda juga harus memastikan ideologi dan gerakerja pemuda BN tidak bertentangan di dalam perkara-perkara asas permuafakatan sesama BN.

Khairy tidak tahu mengimbangkan tanggungjawabnya sebagai ketua pemuda umno dan pada masa yang sama fungsinya selaku pengerusi pemuda BN.

Apabila timbul isu yang memerlukan sokongan dan desakan dari pemuda umno dalam memastikan segala peruntukan dan hak istimewa melayu yang disebut di dalam perlembagaan dipertahankan dan tidak diganggu gugat, Khairy bertindak mengikut perspektif kononnya sebagai seorang pengerusi pemuda BN, harus bersifat OneMalaysia. Tetapi hakikatnya dia terikut-ikut dengan Onemalaysia versi DAP.

Sepatutnya dia selaku pengerusi BN harus memegang prinsip 'permuafakatan dalam perkara pokok' yang dipersetujui bersama, iaitu taat dan akur dengan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara.

Jika permuafakatan itu harus dirumus menurut konsep 1Malaysia, ia harus didefinisikan secara jelas dan difahami bersama dengan seluruh anggota pemuda BN supaya prinsip itu tidak bertentangan dengan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan. PM sendiri telah berulang kali menekankan konsep 1Malaysia tidak sama sekali mengenepikan apa-apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan.

Kesilapan dan kealpaan terbesar Khairy ialah kegagalan beliau selaku ketua pemuda umno dan pengerusi pemuda BN mendalami sendiri bagaimana konsep 1Malaysia harus dibawa seperti yang digariskan oleh PM.

Akhirnya, Khairy mengambil perspektif dan pemikiran sendiri dalam mengolah dan menggayakan kepimpinannya yang pada anggapannya selari dengan 1Malaysia yang dibawa oleh PM, walhal pada hakikatnya hujah dan tindakannya telah beberapa kali memberi bola tanggung kepada DAP dan rakan-rakan komponen pemuda BN sendiri untuk mengasak kepentingan agama, bangsa dan tanah air ke sudut yang akhirnya memerangkap UMNO.

Lebih buruk lagi ialah apabila Khairy selaku ketua pemuda sudah tidak kenal asal usul keturunan dan darah perjuangan umno. 

Jika di dalam adat perpatih yang dipegang kuat terutama oleh masyarakat di Rembau dan Kuala Pilah, tidak dibenarkan kahwin sama se suku. Ia memberi gambaran betapa rapatnya hubungan darah antara mereka kerana sesama suku pun dianggap sebagai saudara sendiri. Rasional tersiratnya, jika berkahwin se suku pun tidak dibenarkan, apa lagilah untuk dimusuhi saudara sedarah sedaging sendiri. Pelanggaran ini menurut adat amat keras hukumannya. Ia boleh jatuh kepada melanggar sumpah setia seperti yang telah dimeteri di antara Dt.Ketemanggungan dan Dt.Perpatih Nan Sebatang yang telah meletakkan asas syarak mengata dan adat memakai.

Apabila kita sudah tidak kenal asal usul perjuangan UMNO, bagaimana kita mahu memimpin? Bolehkah kita harapkan seseorang yang buta menjadi penyuluh jalan?

Apabila kita berpedomankan seseorang yang buta untuk menyuluh hidup, itu memberi gambaran betapa mala petaka kepada bangsa melayu sudah sampai ke cucur atap. 

Kita lihat hari ini bagaimana pemuda UMNO dengan begitu bangga mengistiharkan perang terhadap perjuangan yang sepatutnya dijuarai sendiri oleh pemuda. Tetapi disebabkan pemuda sudah tidak kenal asal usul perjuangannya, pemuda telah bertindak memerangi sendiri golongan yang cuba membela perjuangan yang sepatutnya dijuarai oleh pemuda umno.

Akibat dari meletakkan seorang yang buta sebagai penyuluh, maka seluruh institusi pemuda umno hari ini secara tidak disedari telah melanggar sumpah perjuangan datuk nenek mereka untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air hingga ke titisan darah terakhir.

Angkara buta perjuangan, pemuda telah memusuhi Perkasa yang saling tak tumpah memperjuangkan apa yang telah puluhan tahun diperjuangkan oleh para pengasas UMNO.

Akibat tidak mengenali asal usul dan darah perjuangan yang mengalir di dalam tubuh PERKASA adalah darah perjuangan sama yang mengalir di dalam tubuh UMNO, hari ini Khairy telah mengeluarkan keris dari sarung untuk merodok perut saudara sedarah dan seperjuangannya sendiri.

Ketajaman senjata perjuangan pemuda yang sepatutnya dihalakan kepada musuh bersama sebaliknya telah dihalakan kepada PERKASA yang teguh membela agama, bangsa dan tanah air sepertimana yang digariskan oleh perlembagaan negara.

Jika khairy dan rakan-rakannya cuba memperkecilkan mitos atau realiti persumpahan Dt Ketemanggungan dan saudaranya Dt Perpatih sebagai sesuatu yang tahyul, dia bebas untuk berkata demikian. 

Tetapi apa yang jelas dan pasti ialah, barang siapa yang turut menghulur tangan menyumbang kepada runtuhnya kedaulatan agama, bangsa dan tanah air, pasti akan dimakan sumpah. 

Sejarah telah membuktikan golongan yang tersepak naik, terlanda turun atau naiknya tidak berjenjang, turun tidak pula bertangga, lambat laun pasti akan dihukum akibat dari perbuatan tangan-tangan sendiri.

Sejarah tidak pernah mungkir. Jika tuhan masih menyayangi sesuatu kaum itu atas sebab-sebab yang dipandangNya masih mempunyai sifat-sifat terpuji dan mulia, sudah pasti Dia tidak akan membiarkan perjuangan ini diwarisi oleh mereka yang buta usul asal dan perjalanan bangsanya sendiri.

Jun 25, 2011

KENALI LAH SIAPA SEBENAR NYA 'AMBIGA SREENAVASAN' JANGAN KERANA EMOSI DAN KELAINAN PEMIKIRAN POLITIK KITA ORANG MELAYU MEMBABI BUTA MENYOKONG BERSIH


125.JPG.jpg
                                             AMIGA SREENAVASAN


Dibawah ini nanti anda akan berpeluang mentelaah semua tuntutan tuntutan IFC yang diimamkan oleh Ambiga. Apa itu IFC (INTER FAITH COUNCIL) dalam bahasa Melayu merupakan SURUHANJAYA ANTARA KEPERCAYAAN sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama seperti contoh, agama Islam. Kesemuanya jelas, agenda mereka ialah mencabar kedudukan agama Islam dalam pentadbiran kerajaan kita. INI LAH HAKIKAT NYA................

Disini jelaslah bahawa pemimpin PAS sudah lupa bahawa mereka telah dipergunakan oleh Amibga dan Anwar Ibrahim untuk cita cita peribadi masing masing…! PAS hanya menjadi kuda tunggangan yang enak diliwat oleh DAP dan PKR .

Demi cita cita politik maka hari ini PAS terpaksa menggunakan kaedah "Matlamat Menghalalkan Cara". Malah PAS sanggup melacurkan agama sehingga tergamak menjadi pencacai dan tukang basuh berak Lim Kit Siang, Ambiga Sreenavasan dan ramai lagi wakil wakil DAP yang sebenarnya mentertawakan tingkah laku pimpinan PAS yang semakin teruk diperdayakan mereka….

Ayuh.., kita baca satu persatu tuntutan biaDAP yang dibuat oleh IFC. Sebaik baiknya, anda cetak dan edarkan semoga umat Islam dapat kenali apakah agenda disebalik Demo BERSIH 2.0 ini.



14 TUNTUTAN 


1.  Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak  seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3.  Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4.  Tidak perlu dicatatkan didalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5.  Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6.  Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8.  Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang
serupa untuk masjid.

9.  Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

12.  Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Sekali lagi…, diharapkan juak juak murahan PAS janganlah membabi buta menyokong dan sanggup menjadi makmum kepada Amibiga Sreenavasan…! Fikir fikirkanlah….

Jun 23, 2011

Tarik gelaran, darjah kebesaran Ambiga

SHAH ALAM 22 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor hari ini memohon agar pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang dikurniakan oleh Sultan Perak kepada bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan ditarik balik.


YBHG TUAN HJ ABDULLAH BIN HJ MANSOR

Yang Dipertuanya, Abdullah Mansor berkata, Ambiga tidak layak untuk terus memakai darjah kebesaran berkenaan atas tindakannya cuba menghasut rakyat menyokong budaya perhimpunan haram di negara ini.
Katanya, Ambiga yang juga Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak bertanggungjawab kerana tidak menghormati undang-undang negara.
"Sebagai seorang penerima darjah kebesaran, kita melihat ia bukan hanya diukur melalui sumbangan seseorang penerima semata-mata sebaliknya ia turut melibatkan peribadi, tanggungjawab mereka kepada negara, rakyat termasuk menegakkan undang-undang yang telah termaktub di negara ini.
''Sebagai seorang peguam, Ambiga sepatutnya telah memahami dan menegakkan undang-undang negara untuk kepentingan negara dan keamanan rakyat secara keseluruhan, bukannya mengenepikan soal itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Ambiga yang tetap berdegil untuk meneruskan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.
Abdullah turut mengulangi pendirian Perkasa yang akan tetap menghalang Ambiga bersama-sama penyokongnya untuk pengadakan perhimpunan haram Bersih pada hari berkenaan.
Katanya, ini kerana pihaknya tidak mahu negara ini dipengaruhi budaya perhimpunan haram seperti yang mahu dilakukan oleh Bersih kerana ia mengundang masalah keamanan dan ketenteraman awam.
''Kita tengok nanti, sekiranya mereka (Bersih) cuba mengadakan huru-hara, kita akan halang mereka. Kita adakan kempen 'Gerak Aman' yang turut disertai lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan atas rasa tangungjawab kita sebagai warga negara yang mahukan keamanan dan menolak perhimpunan haram.
''Kita turut minta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih ini," katanya.

Jun 20, 2011

MESYUARAT TAHUNAN KHAS PERKASA HULU LANGAT DAN GOMBAK

SEDANG MENGHAYATI LAGU ANAK KECHIL MAIN API

PENGERUSI PERKASA DAERAH HULU LANGAT
YM RAJA NAZARUDIN BIN DATO' RAJA NASRON


SUASANA MESYUARAT DI LAMAN PENGANTIN DI JALAN  H1
TAMAN MELAWATI ULU KELANG

SETIAUSAHA KEORMAT DAN YDP NEGERI SELANGOR

YB PRESIDEN SEDANG MEMBERI UCAPAN BERSEMANGAT

KETUA PENYELARAS BERSAMA BARISAN PERJUANGNYA

PENYELARAS DUN DUSUN TUA BERSAMA
PENGERUSI HULU LANGAT

BARISAN ORANG MELAYU YANG PUNYI KESEDARAN


DUA PEMIMIPIN YANG TAK RETI ERTINYA KEPENATAN

PARAHADIRIN SEDANG BERDOA

DARI KIRI, KETUA SAYAP WIRA NEGERI SELANGOR
BERSAMA KETUA WIRA DAERAH HULU LANGAT, AHLI
CEMPAKA, KETUA PENYELARAS DUN TERATAI, KETUA
PENYELARAS DUN LEMBAH JAYA, SETIAUSAHA KEHORMAT
DAERAH HULU LANGAT DAN AHLIPERKASA.


WAKIL PERKASA DUN BANGI

AHLI MAJLIS DUN DUSUN TUA

PENYELARAS PERKASA DUSUN TUA BERSAMA
AHLI MAJLIS NYA

INILAH MELAYU HARAPAN BANGSA

BARISAN PERKASA DUN CEMPAKA

KETUA PENYELARAS DUN CEMPAKA BERSAMA
 AHLI - AHLI NYA
ALHAMDULILLAH SHUKUR DI ATAS ALLAH SWT MESYAURAT KHAS TAHUNAN PERKASA HULU LANGAT DAN GOMBAK TELAH BERJAYA DI LAKSANAKAN DAN DI RASMIKAN OLEH YB DATO' IBRAHIM ALI. DENGAN MESYUARAT KHAS TAHUNAN HULU LANGAT DAN GOMBAK MAKA SELESAILAH MESYUARAT KHAS TAHUNAN NEGERI SELANGOR DI SEMUA DAERAH. DAN MESYUARAT KHAS TAHUNAN NEGERI SELANGOR AKAN BERLANSUNG PADA 8hb JULAI 2011. INSYAALLAH.
SYABAS NEGERI SELANGOR.

Jun 14, 2011

UNTUK NEGARA

PERKASA HULU LANGAT BERANGAPAN DEMONSTRASI BERSIH YANG INGIN ATURKAN OLEH AMIGA DAN PKR PADA 9 hb JULAI INI, ADALAH SATU ANCAMAN KEPADA KEAMANAN NEGARA. KAMI MENYERU ORAN-ORANG MELAYU MENGUTUK SEKERAS-KERAS NYA TIDAKAN DEMONSTRASI INI.

PERKASA HULU LANGAT MENUNGGU ARAHAN UNTUK TURUN BERSAMA RAKAN SEPERJUANGAN UNTUK MENJADI BARISAN HADAPAN MENGHALANG ORANG-ORANG YANG BERHASRAT UNTUK MENGGUGAT KEAMANAN NEGARA INI.

Jun 6, 2011

MESYUARAT TAHUNAN KHAS PERKASA HULU LANGAT DAN GOMBAK

TEMPAT. : LAMAN PENGANTIN,TAMAN MELAWATI, ULU KELANG
TARIKH. : 19 JUNE 2011
WAKTU : 10:30 PAGI
TEL. : 017 3030 332 ATAU 016 335 2332 UNTUK PERTANYAAN

HADIR. : YB.DATUK PADUKA IBRAHIM ALI
PRESIDEN PRI BUMI PERKASA MALAYSIA

YBHG.EN.ABDULLAH MANSOR
YDP PERKASA NEGERI SELANGOR


SEMUA AHLI DAN BUKAN AHLI DI JEMPUT DATANG MENDENGAR ISU ISU SEMASA