PENGERUSI HULU LANGAT BERGAMBAR BERSAMA BARISAN PEMIMPIN PERKASA DAERAH GOMBAK DAN AHLI-AHLINYA. |
Daulat Tuanku

"KESEDARAN"
Oct 1, 2012
PENGERUSI PERKASA HULU LANGAT YM RAJA NAZARUDIN RAJA NASRON MEWAKILI PERKASA NEGERI SELANGOR KE MESYUARAT TAHUNAN KHAS PERKASA DAERAH GOMBAK YANG TELAH DI ADAKAN PADA 30HB SEPTEMBER 2012 DI DUN KUANG, DAERAH GOMBAK.
PROGRAM RETREAT PENGERUSI DAERAH SE-MALAYSIA YANG TELAH DI ADAKAN PADA 24-25HB JUN 2012.
BANTAHAN PERKASA MALAYSIA DI HADAPAN KEDUTAAN SINGAPURA BERKENAAN ISU KAKITAKAN KEDUTAAN MEREKA YANG BERSAMA HADIR DI HIMPUNAN BERSIH 3.0 |
PROGRAM RETREAT PENGERUSI-PEGERUSI DAERAH PERKASA SE MALAYSIA DI GRAND CONTINENTAL HOTEL KUALA LUMPUR |
TOK YIM SEDANG MEMBERI KATA-KATA SEMANGAT HINGGA MENINTIS AIR MATA |
Dec 27, 2011
Oct 29, 2011
PERLANTIKAN DAN PENUBUHAN PERKASA KAJANG
PERKASA KAJANG TELAH DI TUBUHKAN DAN DI TERAJUI OLEH SAUDARA ESMA BIN RAHIM, DAN PERKASA KAJANG TELAH BERMULA DENGAN PENYERAHAN SEBANYAK 50 BORANG AHLI YANG TELAH DI ISI, SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI DI KAWASAN DUN KAJANG SILA HUBUNGI BELIAU DI TEL 017-2300836.
SAUDARA EZMA RAHIM SEBELAH KIRI BERBAJU KUNINIG DAN TIMBALAN SAUDARA AZAHAR KHALID ATAU BOB DAN YANG LAIN ADALAH AHLI-AHLI KAJANG |
MESYUARAT AGUNG PERKASA MALAYSIA 2011
Mesuarat Agung Perkasa Malaysia yang telah di adakan di Dewan Centrum, Taman Setiawansa, Selangor telah di hadiri seramai 7,000 Perwakilan dan pemerhati. Mesyuarat telah di rasmikan oleh mantan Ketua polis Negara Tan Sri Hanif Omar. Pembentangan Usul untuk di bahas di bacakan oleh Presiden Perkasa dan pembahas usul dari Selangor di wakilkan pada Ustaz Ahli Jawatan Kawasa Biro Penerangan Selagor. Pembahasan beliau sungguh mantap dan di sambut dengan tepukan gemuruh dari semua yang hadir dalam dan luar dewan.
PERMULAAN MESYUARAT AGUNG PERKASA MALAYSIA DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARA KU |
HADIRIN YANG MEMBANJIRI DEWAN SEDANG MENNYANYIKAN LAGU PERKASA |
![]() |
USTAZ NAJEEB MEMBAHASKAN USUL BAGI PIHAK NEGERI SELANGOR |
![]() |
KERIS PANJANG PERKASA |
Oct 13, 2011
HORMATI TITAH SULTAN SELANGOR
YDP PERKASA SELANGOR YBHG EN. ABDULLAH MANSOR |
SHAH ALAM 10 Okt. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini meminta semua pihak khususnya pertubuhan agama bukan Islam supaya tidak sesekali menyebar atau memesongkan akidah umat Islam dengan ajaran agama mereka seperti yang dititahkan Sultan Selangor.Mereka juga menjunjung titah baginda yang menegaskan bahawa tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan pemeriksaan ke atas Kompleks Dream Centre, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang negeri.
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Abdullah Mansor berkata, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah itu jelas menunjukkan ketegasan baginda selaku Ketua Agama Islam Negeri dalam menjaga kedudukan agama itu di Selangor.Ini kerana katanya, titah baginda itu dibuat selaras dengan peruntukan perundangan di bawah Perkara XLVII, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan juga Fasal (1) Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negeri dan Persekutuan.
Malah jelasnya, titah itu juga dibuat berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada JAIS di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam)Selangor, 1988.“Justeru, kita menjunjung kasih dengan titah baginda mengenai perkara ini yang mahu semua pihak tidak mengira agama supaya menghormati kedudukan agama Islam dan peranan JAIS dalam menguatkuasakan undang-undang membabitkan agama dan penganut Islam di negeri ini.“Ini kerana, sebarang penyebaran agama lain ke atas umat Islam baik di Selangor atau mana-mana negeri adalah tindakan yang bertentangan undang-undang selain menggugat keharmonian masyarakat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Selangor yang menyatakan tindakan JAIS mengadakan pemeriksaan ke atas kompleks berkenaan adalah betul dan berlandaskan lunas undang-undang serta bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepada pihak berkuasa agama itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)