Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

Aug 2, 2010

KANAK-KANAK MERAYU

Kongres Melayu yang pertama telah di adakan pada 1hb Mac hingga 4hb Mac pada tahun 1946 bertempat di Sultan Sulaiman Kelab di Kampung Baharu, Kuala Lumpur. Peri negeri ini maseh di bawah perintah Pentadbiran Tentera British (B.M.A.) ketika itu, tidak sedikit pun menggerunkan pemimpin-pemimpin dan orang ramai Melayu mengambil bahagian di dalam perhimpunan yang bersemangat perjuangan itu.

Sebanyak 41 buah pertubuhan, Persatuan, Kesatuan dan badan-badan masyarakat terdiri daripada berbagai golongan, politik, masyarakat, ekonomi, perniagaan, pelajaran, penghulu, hatta kaum perempuan dan kaum darat (orang asli) telah menghantar wakil-wakil dan pemerhati-permerhati. Seramai 1o7 orang wakil dan 56 orang pemerhati rasmi, dari tiap negeri dan jajahan di Tanah Melayu termasuk Singapura telah hadir dengan kuasa penuh, selain daripada beribu-beribu manusia yang berkumpul untuk mendengar wakil-wakil membincangkan soal-soal yang di hadapi oleh mereka dengan panasnya.

Salah satu sebab yang memanaskan semangat orang Melayu ketika perjumpaan beriwayat itu, yang telah di buka oleh Baginda Sultan Selangor pada 1hb Mac 1946 ialah kehadiran yang di sertai oleh wakil kanak-kanak yang telah mempengaruhi perasaan sekalian yang hadir dengan tulisan di kain pemidang mereka yang merayu "WAHAI BAPA-BAPA KAMI, PERLIHARALAH HAK-HAK KAMI SEMENTARA KAMI MEMBESAR"

Begitulah bunyi rayuan atau rantapan suara kecil tetapi sungguh memyayat hati daripada pihak kanak-kanak itu. Sungguh menjayakan suasana perhimpunan itu. Hingga hari ini rayuan kanak-kanak yang penuh harapan itu, tidak harus dilupakan oleh sesiapa pun orang-orang Berbangsa Melayu yang sungguh-sunguh mempunyai rasa tanggungjawab.


Aug 1, 2010

jangan ketepi hak bumiputera - NGO

SHAH ALAM 27 Julai - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili orang Melayu dan bumiputera di negeri ini mengingatkan DAP supaya tidak cuba membuat sebarang cadangan untuk mengenepikan kepentingan dan hak kaum Melayu di negara ini.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) negeri, Abdullah Mansor berkata, ingatan itu diberikan kerana cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya kerajaan negeri memansuhkan diskaun pemilikan hartanah kepada bumiputera dilihat telah melanggar semangat kerjasama dan perpaduan antara kaum.

Tegasnya, Tony seharusnya memahami dasar pemberian diskaun tersebut yang bertujuan mewujudkan keseimbangan pemilikan dan ekuiti antara kaum di negara ini.

Katanya, langkah itu juga bagi membolehkan kaum bumiputera mencapai sasaran pemilikan ekuiti 30 peratus yang belum dicapai sepenuhnya sehingga hari ini.

Malah katanya, kedudukan kaum bumiputera terutama dari segi keupayaan ekonomi mereka masih ketinggalan berbanding kaum lain sama ada di Selangor mahupun di negeri lain.

''Jadi kita nak ingatkan kepada DAP supaya tidak sesekali membuat cadangan yang meminggirkan hak serta kedudukan bumiputera.

''Sebagai ahli politik, beliau seharusnya faham kedudukan serta keupayaan sebenar antara kaum di negara ini. Jangan membuat cadangan dengan andaian yang tidak sepatutnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Abdullah, alasan Tony dengan pemansuhan diskaun itu akan menjadikan ekonomi Selangor lebih kompetitif dan meningkatkan keyakinan pelabur, merupakan pandangan yang sempit serta tidak benar sama sekali.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pertubuhan NGO Selangor (Mgpss), Datuk Mat Yasir Ikhsan menyifatkan alasan Tony yang mengaitkan prestasi ekonomi dengan pemberian diskaun bumiputera sebenarnya tidak menepati keadaan yang berlaku di negara ini.

Ujarnya, meskipun hak dan dasar melibatkan kepentingan bumiputera dilaksanakan dan termaktub dalam perlembagaan, ia sedikitpun tidak memberi kesan pada pertumbuhan ekonomi negara sehingga ke hari ini.

Malah selepas negara mencapai kemerdekaan sejak 1957 hingga ke hari ini katanya, Malaysia telah membuktikan keupayaannya dari segi pencapaian ekonomi termasuk memberi keyakinan kepada para pelabur untuk menjalankan aktiviti mereka di negara ini.

''Jadi atas dasar apa beliau membuat andaian pemansuhan diskaun ini, apakah agenda sebenar beliau membuat cadangan seperti ini," soalnya.

Dalam masa yang sama, Mat Yasir tidak menolak kemungkinan cadangan Tony itu bermotifkan politik untuk menarik sokongan bukan bumiputera.

Malah beliau berpendapat Tony juga mungkin sengaja mahu mewujudkan persepsi tidak baik di kalangan rakyat bahawa ekonomi negara tidak dapat berkembang ekoran dasar-dasar yang berkaitan dengan kepentingan bumiputera.


Jul 29, 2010

KEPADA BANGSA KU

Kepada Bangsa Melayu, bangkit lah kamu dan bertanggungjawab lah dengan masa depan Bangsa Melayu mu, fikirkan lah apa akan terjadi pada anak cucu mu, kalau melayu terus berpecah kerana pahaman politik masa kini, kuasa Bangsa Melayu akan hilang pada PRU13 akan datang ini. Jangan terlalu mengikut hati dan berlemah minda mempercayakan hasutan pihak-pihak individu yang mementingkan agenda mereka sendiri untuk berkuasa, hingga tidak hiraukan nasib masa depan bangsa kita, sehingga bangsa lain sudah berani dengan langtang nya menyoalkan hak-hak keistemewaan kita, agama kita juga kedaulatan Raja-Raja kita.

Jangan lah pandang ringan dan jangan lah lalai pada apa yang sedang berlaku pada masa kini, jangan lah kita yang sekarang ini kaum majority di jadi minority pada masa yang terdekat ini. Sedarlah wahai bangsa melayu bersatulah kamu, usah pentingkan diri kamu sendiri. Sadarlah, dan ayuhlah bersama-sama Perkasa untuk memperjuangkan bangsa kita, mempertahan kan hak bangsa kita, agama kita dan kedaulatan Raja-Raja kita. Usahlah kita marah pada nyamok kelambu kita di bakar........

Jul 26, 2010

PELANCARAN DAERAH PERKASA BERKELOMPOK NEGERI SELANGOR

Pelancaran Perkasa Daerah Berkelompok Negeri Selangor yang terdiri daripada daerah HULU LANGAT, KELANG, GOMBAK, PETALING PERDANA KUALA LANGAT, HULU SELANGOR, SABAK BERNAM akan di adakan pada 8hb Ogos 2010 pada jam 2petang, bertempat di:

INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE (ITM),
PERSIARAN RAJA MUDA,
SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN.

Semua ahli dan orang ramai di jemput hadir untuk menunjukan kekuatan dan kesepaduan kita sebagai Bangsa Melayu.

Jul 20, 2010


UNTUK MEMPERKASAKAN EKONOMI PRIBUMI, IANYA HARUS BERMULA DARIPADA SOKONGAN BANGSA KITA SENDIRI.........

Jun 28, 2010

Utusan

ARKIB : 26/06/2010

Melayu jadi minoriti kuasa politik

Malaysia kontemporari mempunyai pelbagai kelompok Melayu dalam semua aspek kehidupan. Ini lumrah manusia dan kemasyarakatannya. Namun kebelakangan ini, muncul kelompok Melayu liberal dan universalis. Pandangan mereka mengecewakan majoriti Melayu yang sentiasa menyanjung prinsip tradisional -- di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Kelompok liberal dan universalis ini wujud dalam dunia akademik dan arena sosio-ekonomi. Emansipasi atau pembebasan minda mereka boleh memudaratkan agama, bangsa, dan tanah air. Ini kerana kelompok ini tidak lagi memahami, apatah lagi menghormati Melayu dan sejarah perjuangannya.

Oleh sebab itulah, baru-baru ini ada kelompok Melayu yang cuba memansuhkan elemen-elemen afirmatif mengenai Melayu dan bumiputera dalam dasar ekonomi negara. Kini, ada pula segelintir Melayu yang gagal melihat keunggulan siasah Melayu mungkin binasa jika mereka berpecah-belah secara konsisten dalam siasah.

Bagi manfaat bersama, wajar diimbas semula sejarah kependudukan Malaysia di zaman silam. Ini bukan untuk meagung-agungkan Melayu. Sebaliknya untuk membuktikan bahawa keunggulan Melayu di Malaysia adalah hakikat yang perlu dipertahan, dipelihara, diiktiraf, dan dihormati.

Malaysia adalah gabungan Persekutuan Tanah Melayu, dengan Sabah dan Sarawak. (Dari 1963 hingga 1965, Singapura juga menjadi warga Malaysia). Sebelum era penjajahan mulai 1511, Tanah Melayu adalah bumi Melayu dan negara Melayu. Singapura adalah negeri Melayu yang digadaikan kepada Inggeris. Sabah dan Sarawak juga adalah negeri milik rumpun Melayu.

Bagaimanapun, penjajahan dan transmigrasi silam menyebabkan pola kependudukan wilayah Melayu ini berubah coraknya. Oleh sebab itulah, kemerdekaan tanah air ini menjelmakan Tanah Melayu sebagai sebuah negara majmuk.

Kemajmukan ini adalah akibat statistik bukan Melayu di Tanah Melayu yang bertambah sebagai impak daripada kebanjiran rakyat China dan India ke bumi Melayu di era penjajah. Mereka datang berdagang dan untuk menimba rezeki.

Contohnya, Abdullah Dahana (2002;38-39) memetik perangkaan penduduk Tanah Melayu seperti berikut: Tahun 1895: Melayu 63.9%; Cina dan India 29.4 %; 1921: Melayu 54%, Cina dan India 44.5%; 1931: Melayu 49.2%, Cina dan India 49%; 1947: Melayu 49.5%, Cina dan India 49.2%; 1957: Melayu 49.8%, Cina dan India 48.5%.

Statistik ini menjadi faktor utama keturunan Cina menggerakkan politik mengenai kewarganegaraan mereka di Tanah Melayu dalam era pasca Perang Dunia Kedua. Mereka menggunakan Republik Rakyat China sebagai sekutu Inggeris dalam perang tersebut, untuk mempengaruhi kerajaan Inggeris memberikan status kewarganegaraan yang sama dengan umat Melayu dan lain-lain pribumi di Tanah Melayu menerusi Gagasan Malayan Union.

Oleh sebab itulah, Gagasan Malayan Union ditentang habis-habisan oleh umat Melayu. Tetapi, dengan sedikit perubahan, akhirnya keturunan Cina dan India menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu menerusi prinsip jus soli pada 1957.

Berdasarkan kajian seorang sarjana keselamatan, status Persekutuan Tanah Melayu sebelum penjajahan bolehlah dikategorikan sebagai nation-state, atau negara-bangsa di mana bangsa yang tunggal menentukan destinasi negaranya. Tetapi, selepas merdeka, ia menjadi state-nation, iaitu entiti di mana negara berperanan besar untuk menyatu padu, membentuk, serta membina bangsanya yang majmuk.

Implikasi statistik ini juga banyak dikaji oleh sejarawan, budayawan, sosiologis, dan saintis politik. Oleh itu, saya cadangkan kepada kelompok Melayu liberal dan universalis, termasuk seorang profesor madya dari Universiti Malaya yang baru-baru ini menyangkal pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai Melayu, supaya membaca buku-buku mengenai sejarah kemajmukan rakyat Malaysia, yang antaranya adalah seperti berikut:

Malaysia, Victor Purcell (1965), The Making of Modern Malaysia and Singapore, N.J. Ryan (1969); Tanah Melayu Kurun Kesembilan belas, C.D. Cowan (1970); Glimpses of Malaysia History, Zainal Abidin Wahid (1970); Malaya: Perkembangan Masyarakat Majmuk, Graham Saunders (1978); Chinese Village Politics in the Malaysian States, Judith Strauch (1981); The Colonial Office, War, and Development Policy, J.M. Lee (1982); Nation Building in Malaysia, James Ongkili (1985).

The Malayan Union Controversy 1942-1948, Albert Lau (1991); Bumi Dipijak Milik Orang, Ahmad Fauzi Basri, Mohd. Idris Salleh & Shafee Saad (1991); Divide and Rule: the Roots of Race Relations in Malaysia, Collin Abraham (1997); China dan Malaysia Dalam Arena Perang Dingin 1949-1974, Abdullah Danana (2002); Chinese Politics in Malaya 1942-1945: The Dynamic of British Policy, Oong Hak Ching (2000); Sharing the Nation: Faith, Difference, Power and the State 50 Years After Merdeka, Norani Othman, Mavis Puthucheary & Clives Kessler (2008); dan Ethnic Relations in Malaysia: Harmony and Conflict, Syed Husin Ali (2008).

Pada 1963 hingga 1965, statistik kependudukan Malaysia pula menjadi paksi perjuangan konsep Malaysian Malaysia oleh seorang pemimpin politik Singapura. Pada ketika itu, 32 peratus penduduk Malaysia adalah Melayu, 42 peratus etnik Cina, kira-kira 10 peratus etnik India dan Pakistan, bakinya tujuh peratus adalah Iban, Kadazan, Kayan, Kelabit dan lain-lain etnik.

Statistik ini membuktikan, dalam era awal penubuhan Malaysia, bukan Melayu adalah seramai 52 peratus, Melayu 32 peratus, dan bumiputera tujuh peratus. Peratusan inilah yang menjadi faktor tersirat di sebalik perjuangan konsep Malaysian Malaysia yang kononnya untuk memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Oleh sebab itulah, konsep Malaysia Malaysia mahu merubah Perlembagaan Persekutuan, khususnya untuk memansuhkan Fasal 153 mengenai keistimewaan Melayu dan bumiputera, serta untuk menjadikan bahasa Mandarin dan bahasa Tamil mempunyai status seperti bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia.

Demikianlah huraian sejarah sewaktu umat Melayu menjadi minoriti secara statistiknya. Hakikat ini, berubah setelah Singapura terkeluar dari Malaysia pada pertengahan tahun 1965.

Hari ini, memang umat Melayu merupakan majoriti penduduk Malaysia. Tetapi, umat Melayu juga boleh menjadi kelompok minoriti dan kehilangan kuasa politik menerusi dua punca utama.

Satu, akibat penguncupan jumlah umat Melayu secara fizikal disebabkan oleh kemerosotan kadar kelahiran dan pertambahan kadar kematian. Kedua, akibat fregmentasi politik menerusi penubuhan pelbagai parti siasah yang berkonflik.

Oleh sebab itu, Tun Mahathir telah memberikan pandangan yang tepat. Umat Melayu memang akan menjadi minoriti politik di Malaysia jika mereka terus berpecah-pecah kepada pelbagai kelompok siasah yang berkonfrontasi.

Ini bermakna Tun Mahathir bukan membicarakan soal minoritinya umat Melayu berasaskan statistik, sebagaimana keturunan bukan Melayu memperjuangkan status mereka menerusi realiti statistik dalam era pra-merdeka. Sebaliknya, beliau meramalkan yang umat Melayu akan menjadi kuasa minoriti menerusi fregmentasi siasah.

Ini kerana Tun Mahathir melihat fregmentasi politik Melayu sebagai perpecahan yang menepati pepatah Melayu: "berkerat rotan, berpatah arang." Ini bermaksud, perpecahan Melayu menerusi kelompok siasah adalah atas dasar permusuhan dan persengketaan.

Dengan psikologi sedemikian, umat Melayu berkonflik sepanjang masa. Mereka juga sanggup bertindak dan bersuara sehingga menyebabkan umat Melayu sendiri diperkotak-katikkan oleh pihak lain.

Inilah namanya politik nafsu-nafsi. Seluruh kelompok politik Melayu hanya mengutamakan kepentingan sendiri. Hakikat agama, bangsa dan lain-lain aspek sosio-ekonomi sanggup mereka dedahkan tanpa batas di khalayak ramai. Akhirnya, Melayu menang sorak tanpa menyedari kemungkinan kuasa politik mereka tergadai ke pihak lain!

Hakikat ini berbeza dengan kaum Cina di Malaysia. Dari segi perangkaannnya, mereka memang lebih kecil bilangannya berbanding dengan umat Melayu. Tetapi, perpecahan keturunan Cina dalam politik tidak menyebabkan mereka mempunyai kuasa tawar-menawar yang lemah.

Buktinya, di samping MCA selaku parti tertua keturunan Cina di Malaysia, wujud SUPP di Sarawak, dan SCCP di Sabah, yang kesemuanya mewakili keturunan Cina dan menjadi komponen Barisan Nasional (BN).

Gerakan pun sama statusnya. Sebagai anggota BN, ia mendakwa sebagai sebuah parti multi-keturunan. Pada hakikatnya, ia adalah parti yang didominasikan oleh keturunan Cina. Oleh itu, hanya DAP sahaja yang merupakan kelompok keturunan Cina yang menjadi pembangkang.

Biarpun begitu, DAP tetap mempunyai ruang dialog dengan lain-lain komponen parti Cina dalam BN menerusi wadah sosio-budaya dan ekonomi, seperti menerusi Dewan Perniagaan Cina atau NGO pendidikan Cina di Malaysia.

Ini bermakdsud bahawa kaum Cina di Malaysia mempelbagaikan kelompok politiknya untuk memperoleh kuasa tawar-menawar yang lebih mantap, efektif, dan luas. Jika mereka hanya bertumpu kepada MCA, kuranglah kuota perwakilan mereka dalam Kabinet negara.

DAP yang bertindak sebagai pembangkang pula menjadi jurucakap keturunan Cina apabila parti komponen Cina dalam BN merasa segan silu untuk membicarakan isu berkenaan Cina demi untuk menjaga hati UMNO.

Dalam konteks ini, keturunan Cina menggunakan strategi perniagaan untuk memaksimumkan pengaruh, peluang, dan faedah politiknya, di samping mengimbangi realiti mereka yang minoriti dari segi statistik.

Adakah parti siasah pembangkang Melayu seperti Pas pernah duduk semeja dengan UMNO untuk mengartikulasikan isu-isu Melayu dan Islam untuk disuarakan dalam Parlimen, jika UMNO sendiri berasa berat hati untuk bertindak demikian?

Adakah PKR yang majoriti pemimpinnya adalah Melayu pernah memberikan ruang kemelayuan dalam gerak dan tindakan politiknya? Adakah sesuatu yang perkauman dan jijik untuk memperjuangkan isu Melayu dalam konteks Malaysia majmuk? Mengapakah bukan Melayu mempertikaikan isu Melayu tidak dicap rasialis?

Maka, di sinilah tersiratnya ketajaman minda Tun Mahathir menerusi pandangannya baru-baru ini. Tun Mahathir tidak bergurau, dan jauh sekali beliau berminda setengah masak. Tun Mahathir bertindak dan bersuara kerana kini wujud petanda bahawa umat Melayu mungkin memasuki era neo-kolonialisme dalam seluruh aspek kehidupan mereka semata-mata akibat sikap segelintir Melayu yang liberal dan universalis sama ada di dalam atau di luar parti pemerintah.

Moga-moga pandangan saya ini akan diperhalusi oleh para akademik tempatan, termasuk Prof. Madya Dr. Azmi Sharom, yang baru-baru ini menuduh Tun Mahathir sebagai berminda kurang matang. Sesungguhnya Tun Mahathir adalah negarawan ulung yang disegani oleh semua, termasuk komuniti antarabangsa!

Datuk Ibrahim Ali ialah Presiden Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Jun 24, 2010

PERLEMBAGAAN MALAYSIA ARTIKAL 153

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusatmelindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.