Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
"KESEDARAN"

Aug 18, 2010


CHUA SOI LEK : JANGAN CUBA LENYAPKAN SEJARAH


Inilah yang dinamakan bangsa yang tidak sedar diuntung. Chua Soi Lek cuba untuk memadamkan sejarah 13 Mei yang kononnya sudah tidak relevan untuk dibangkitkan. Bagaimana mungkin sesuatu fakta sejarah harus dilenyapkan sedangkan ianya sebuah fakta bagi mengingatkan kita untuk berhati-hati agar tidak mengulangi segala kesilapan yang telah dan pernah berlaku akibat dari sikap kerakusan di dalam menuntut hak kepada yang tidak berhak.

Di sini saya ingin mengulangi fakta sejarah yang harus dijawab oleh bekas pelakon lucah agar beliau menjawab di mana keistimewaan MCA, di dalam usaha untuk mengukuhkan barisan pertahanan Kerajaan. Mr Chua!! tolong ingatkan kembali petikan ini yang telah ditulis oleh saudara Yazid Othman :

"Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU 12 tahun 2008 menyaksikan prestasi buruk parti MCA untuk mempertahankan 40 kerusi parlimen yang diperuntukkan oleh BN untuk mereka. Dalam PRU 12 itu memperlihatkan dengan jelas masyarakat Cina menolak calon-calon BN terutama dari MCA. Ini kerana 70% calon MCA telah ditolak oleh kaum Cina kerana dari jumla 40 kerusi diperuntukan untuk MCA hanya 15 kerusi sahaja yang menang.

Jika dibuat perbandingan maka secara statistiknya pada pilihan raya umum 2004 (PRU 11), MCA menang 31 daripada 40 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Daripada jumlah itu empat wakil mereka diangkat menganggotai Kabinet.

Sementara pada 2008, MCA tetap bertanding di 40 kawasan Parlimen. Namun hanya 15 calonnya yang menang. Walaupun prestasi MCA buruk dan sekali gus memperlihatkan bahawa kaum Cina menolak BN, namun menteri - menteri Cina yang dilantik dari kalangan MCA tetap kekal seramai empat orang.

Sedangkan keputusan pada pilihan raya umum itu memperlihatkan orang Cina jelas menolak calon-calon BN dari parti MCA. Kekalahan hampir 70 peratus calon MCA boleh ditafsirkan sebagai penolakan kaum Cina terhadap BN.

Maka secara relatifnya juga apabila mereka menolak calon BN, bermakna mereka menolak wakil mereka dalam kerajaan. Ini kerana umum mengetahui , hanya calon BN sahaja akan dilantik menganggotai Kabinet. Bagaimanapun di sebalik prestasi buruk pada 2008, kuota untuk MCA bagi jawatan menteri penuh masih dikekalkan .

MCA yang sebelum ini mempunyai empat menteri penuh mengekalkan jumlah tersebut walaupun sumbangan mereka kepada kemenangan BN sangat jauh merosot. Ketika pembentukan Kabinet, wakil-wakil mereka walaupun sudah menjadi minoriti dalam kerajaan, tetap berkeras tidak mahu diketepikan. Manakala Perdana Menteri pula tetap melayan mereka ibrat ‘Menatang Minyak Yang Penuh.’

Keistimewaan yang diberikan kepada calon MCA yang memenangi pilihanraya 2008 dapat jelas dilihat apabila Datuk Ng Yen Yen diberi kepercayaan untuk mengendalikan kementerian yang sebahagian besar bidang kuasanya meliputi kaum wanita yang beragama Islam.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diterajui Yen Yen bertanggungjawab perihal undang-undang keluarga Islam serta yang berkaitan dengan peraturan nikah cerai, hak-hak isteri yang berpisah dari suami, harta sepencarian perlindungan wanita dan sebagainya. Ini menunjukkan wakil MCA atau jelasnya wakil kaum Cina , telah diberikan kedudukan yang cukup penting dalam kerajaan.

Jika peratusan diambil kira, hanya 25 peratus daripada Ahli Parlimen UMNO dilantik menganggotai Kabinet. Sedangkan untuk MCA, 26 peratus daripada Ahli Parlimennya ada dalam Kabinet Kerajaan BN kini. Jumlah menteri yang dilantik dari kalangan wakil MCA tidak pernah kurang, walaupun terang-terang kaum Cina menolak BN pada pilihan raya umum lalu !.

Yang terbaru ketika pilihanraya kecil di Bukit Gantang 7 April 2009 lalu. Calon anak tempatan yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian gagal menyaingi populariti calon Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin - yang menjadi Menteri Besar Perak selama 11 bulan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang yang mempunyai 6, 276 orang atau 31. 8 peratus pemilih berdaftar kaum Cina mencatatkan jumlah keluar mengundi tertinggi semalam iaitu sebanyak 15,411 pengundi atau 78.14 peratus. Dan di situ sahaja, BN kalah dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Maka berdasarkan scenario politik terkini MCA yang masih gagal menarik kembali sokongan masyarakat Cina kepada BN, maka adalah tidak wajar MCA untuk membuat desakan mengenai keanggotaan dalam Kabinet jangan dikurangkan . Mintalah secara berpada-pada ,jangan tamakkan jawatan, sedangkan kerja kita tak seberapa semasa pilihanraya !
Paling ketara ialah cadangan (juga boleh dibaca sebagai tuntutan) daripada MCA supaya diwujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II daripada kalangan kaum Cina. Antara alasan yang diberikan ialah kononya supaya wakil kaum Cina di negara ini mempunyai kedudukan yang lebih baik dalam kerajaan.

Janganlah jadi Belanda Minta Tanah, dan janganlah sampai terjadi cerita klasik kanak-kanak , bagaimana se ekor anjing yang tamak , yang terlepas tulang yang digonggongnya kerana sikap tamaknya menerkam dan menggigit bayangnya sendiri yang disangka anjing lain didalam air untuk merebut tulang. Buku klasik kanak-kanak itu menuliskan kata-kata “ Sesungguhnya orang tamak terlalu rugi macam anjing dengan bayang-bayang”.

Isu Timbalan Perdana Menteri 11 mula dibangkitkan oleh Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow. Dan calon yang paling layak untuk isi jawatan itu ialah Presiden MCA. Cadangan itu disokong oleh pemimpin MCA lain termasuk Ketua Pemudanya, Datuk Dr. Wee Ka Siong. Walaupun mereka mengatakan ia terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukan kedudukan itu namun sedikit sebanyak MCA telah mendesak secara terbuka.

Apakah maksud tersirat MCA melontarkan padangan itu, adakah satu percubaan meraih sokongan kaum Cina ekoran kejutan besar yang dialami oleh parti komponen BN itu pada pilihan raya umum 2008? Tetapi kalau benar, pendekatan itu adalah salah dan berbahaya.Isu-isu berbau permintaan atau desakan itu sepatutnya dikemukakan dalam forum tertutup antara pemimpin-pemimpin tertinggi BN dan bukannya secara terbuka bagi meraih populariti.

Cara ini jelas memperlihatkan wajah sebenar MCA iaitu sebuah parti komponen yang rakus, yang tidak sabar-sabar mahu menuntut itu dan ini, walaupun mereka tahu peralihan kuasa baru sahaja berlaku."

Nah!! Apakah sejarah ini juga nak dilupuskan? semata-mata kerana kerakusan meminta keadilan dan kesamarataan di dalm pembahagian ekonomi? Dari faktor di atas ternyata MCA langsung tidak membantu kerajaan untuk memperkukuhkan pemerintahan negara, tetapi tak kala UMNO yang berhempas pulas membantu menambahkan kerusi di dalam kerajaan mereka (MCA) pulak sibuk meminta hasil buahnya.

Apakah ini adil? Nenek saya pernah berkata " Lu kerja wa jauh pi, Lu makan wa dekat mali". Memang sesuai istilah nenek saya ini diberikan kepada Chua yang banyak membawa "soi" kepada MCA. Ingat kerana mulut badan binasa. Buktikan dulu kepada kerajaan berapa banyak yang telah MCA daftarkan sebagai pengundi untuk PRU 13, barulah layak membuat perbincangan.

Inilah yang dikatakan oleh pepatah Inggeris : "This MCA is trying to push Malays to the wall". Jangan sampai permintaan mereka membuat Melayu sesak nafas, kerana sekiranya perkara ini berlaku, sejarah 13 Mei yang cuba dipadamkan oleh Chua akan timbul dimuka depan buku sejarah lembaran 2011.

Apabila memperkatakan tentang PERKASA sepantas kilat mereka menyebut kami perkauman dan anti kemajuan. Tetapi apabila mereka (MCA) cuba mengenengahkan tuntutan buat bangsa mereka maka mereka menggelarkannya "keadilan untuk kemajuan".

Pandai sungguh beliau menyusun ayat dengan mengatakan harus mengurangkan hak 30% bumiputra secara perlahan, apa ingat kami orang Melayu bodoh sehingga tidak dapat membezakan antara mengurangkan secara sedikit demi sedikit dengan pelupusan. Kalau berani cakap saja "lupuskan" tak perlu berlapik.

Sosio-ekonomi hari ini memang berubah berbanding 1969, cuba buat bancian di mana perubahannya amat ketara peningkatan ekonomi kaum Cina masih mendahului kaum Melayu walaupun hak 30% dikekalkan. Apakah masih mahu menafikan? Atau masih tidak cukup meraihkan kekayaan negara yang 70% kekuatan kerajaannya masih ditangan UMNO di dalam BN?

Saya berpendapat mulai dari hari ini, kita kembali mengutip semua kenyataan yang dibuat oleh Presiden PERKASA serta tohmahan yang dilemparkan dan bandingkan dengan kenyataan yang dibuat oleh MCA tetapi tidak pernah diberikan apa-apa tohmahan "perkauman" oleh bangsa lain melainkan hanya dianggap sebagai satu "keadilan untuk kemajuan". kenyataan yang dibuat oleh Chua sama sahaja yang dibuat oleh Presiden PERKASA iaitu menuntut hak tanpa mengugatkan hak orang lain, namun ayat ini diinterpretasikan secara berbeza oleh sesetengah pemimpin Melayu. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Tepuk dada tanya iman, anak Cina makan pengat sendiri mahu ingat. Kalau bukan Melayu mempertahankan hak Melayu siapa lagi, itupun dikecam hebat oleh bangsa sendiri. Lihat sahaja bangsa MCA ini, apabila mereka menuntut hak, tidak ada langsung bangsa MCA yang melalak seperti bangsa Melayu mengatakan MCA "racist".

Jadi Chua Soi Lek :"JANGAN LUPA LENYAPKAN SEJARAH, KALAU TIDAK MAHU SEJARAH BERULANG"!!

WIRANITA PERKASA MALAYSIA.

Aug 17, 2010

PEMIMPIN MELAYU MINTA MAAF LAGI....

Published: Monday August 16, 2010 MYT 8:59:00 PM
Updated: Monday August 16, 2010 MYT 9:01:29 PM

Hishammuddin: I did not make statements against MCA


PETALING JAYA: Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein has denied making statements against the MCA and will clarify the matter with his MCA friends.

Hishammuddin said he did not criticise the MCA but had merely told the party that all component parties, including Umno, had to reform from within to thwart off attempts by those who wanted to cause a divide in Barisan Nasional.

"I did not make any statement against the MCA. But I told them that the current landscape requires us to look inside and look forward. Umno has done the reforms, too. The time is ripe.

"I received many calls from my MCA friends who said my statement had been well received because there were so many attempts to divide Umno, MCA, Gerakan and MIC," he told reporters Monday after visiting the Sin Chew Daily newspaper's office here.

Hishammuddin was commenting on newspaper reports of him reminding the MCA to stick with the struggles of Barisan.

On the displeasure voiced by MCA vice-president Datuk Chor Chee Heung over his statement, Hishammuddin said: "I will explain to Chor. I know him very well. I never endeavour to criticise MCA in any manner."

Aug 16, 2010

MELAYU YANG TIDAK PUNYAI ROH MELAYU

Kami Bangsa Melayu begitu sedih apabila anak seorang perjuang bangsa Melayu yang telah mengeluarkan ucapan di depan bangsa lain tentang isu-isu yang meminta memansuhkan hak-hak keistimewaan bangsa melayu. Beliau juga dengan bangga nya mengatakan keluarganya adalah pendatang serupa dengan orang cina.

Ini lah saorang Melayu yang lupa akan diri nya, inilah Melayu yang dari kecil hidup tanpa bergaul dengan masyarakat bangsa melayu, ini lah Melayu yang mendapat kedudukan dan kekayaan berdasar kan kedudukan bapa nya. Ini lah Melayu yang bernama NAZIR TUN RAZAK.

Perkasa beri kata dua pada PM, Umno akan hilang undi Melayu jika layan tuntutan MCA

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Datuk Ibrahim Ali memberi kata dua agar kerajaan tidak melayan tuntutan-tuntutan ‘melampau’ Kongres Ekonomi Cina Malaysia semalam, jika tidak ia akan kehilangan sokongan orang Melayu dalam pilihan raya umum ke-13.

“Sekiranya kerajaan meneruskan tuntutan Kongres Ekonomi Cina Malaysia tersebut, maka kepentingan kaum Bumiputera yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan menjadi retorik semata-mata.

“Sekiranya kerajaan tidak segera memperbetulkan hal ini, saya yakin Umno akan menerima padah pada pilihan raya umum akan datang,” kata Presiden Perkasa itu pada sidang media di sini hari ini.

Kata beliau jika ia berlaku orang-orang Melayu akan menolak kerajaan pimpinan sekarang.

“Mereka melahirkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan dalam beberapa perkara terutamanya soal ekonomi orang Melayu.

“Jika tidak mereka akan kehilangan sokongan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika tidak diperbetulkan tidak mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) akan jadi seperti kata pepatah Melayu “yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir.”

“Dalam usaha untuk menarik bukan Melayu sokong Barisan Nasional, pengundi-pengundi Melayu akan kecewa dan lari kepada parti lain.

“Ini hakikat yang akan berlaku,” katanya.

Jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri perlu bertindak tangani perkara ini, kata Ibrahim yang menubuhkan Perkasa selepas pilihan raya umum ke-12.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu akan mengadakan sidang meja bulat tergempar bagi membincangkan secara terperinci mengenai isu berkenaan.

“Kita akan mengadakan persidangan meja bulat ini pada 29 Ogos bagi membincangkan agenda ekonomi Bumiputera dan 12 perkara yang diluluskan oleh Kongres Ekonomi Cina,” katanya.

Wakil rakyat itu turut kesal dengan kenyataan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Razak yang akhir-akhir ini banyak keluarkan kenyataan yang menyentuh hal berkaitan ekonomi termasuk orang Melayu.

“Beliau (Nazir) mengatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai “bastardisation”, Apa maksud “bastardisation”?

“Kalau DEB gagal itu soal pelaksanaan tetapi soal matlamat dan cara untuk mencapai tahap 30 peratus dengan mengekalkan tindakan kesungguhan itu mesti diteruskan. Adakah itu juga dianggap “bastardisation”?,” soalnya.

Semalam Nazir mengambarkan DEB sebagai sesuatu yang telah “dipernyataan-haramkan” dan menyimpang daripada tujuan asalnya.

“DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation),” katanya pada sessi soal jawab selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina semalam.

Mengenai Permit Import (AP), Ibrahim menyifatkan Nazir tidak memahami matlamat AP yang dikeluarkan kepada Bumiputera.

“Nazir juga mengatakan beliau tidak bersetuju untuk menghapuskan kuota Permit Import (AP) Bumiputera terutamanya dalam bidang permotoran.

“Beliau juga mengatakan ini kerana beliau sendiri tidak ada AP. Saya percaya beliau tidak memahami matlamat AP yang dikeluarkan kepada Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata, AP diwujudkan untuk menolong Bumiputera dalam industri permotoran dan automotif di negara ini.

“Ini kerana rangkaian kedai alat ganti dan ejen-ejen dipegang bukan Melayu jadi dengan cara keluarkan AP ia banyak membantu orang Melayu berjaya dalam bidang automotif dan akhirnya hasil daripada kejayaan dilaburkan dalam bidang lain.

“Sepatutnya hak keistimewaan seperti ini patut dikekalkan oleh kerajaan dengan merujuk kepada hak keistimewaan orang Melayu di bawah Fasa 153 Perkara 4 iaitu hak istimewa orang Melayu,” katanya.

Pada sidang media hari ini, Ibrahim mengecam Kongres Ekonomi Cina Malaysia semalam yang menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

“Dalam 12 perkara yang dibuat semalam saya bagi pihak Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya termasuk meminta kerajaan supaya mengurangkan ekuiti 30 peratus Bumiputera,” katanya.

Kata Ibrahim, keputusan itu jelas memperlihatkan sikap mereka yang tidak ada akal budi dan berterima kasih kepada orang Melayu dan Bumiputera yang selama ini bertolak ansur begitu rupa atas ikatan yang dinamakan sosio kontrak dalam asas Perlembagaan dan isu ini sangat sensitif kepada orang Melayu.

“Ia amat melampau dan memperlihatkan tamak kerana sasaran 30 peratus yang diminta mewakili 67 peratus majoriti rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang menuntut hak ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat.

Semalam, Kongres Ekonomi Cina Malaysia mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

Tuntutan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sebelah pagi.


Reaksi ucapan Chua Soi Lek

  • Mana semangat 1Malaysia MCA?
  • SAYA terbaca berita Mingguan Malaysia 15 Ogos dan terkilan dengan apa yang diminta oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek semasa merasmikan Kongres Ekonomi Cina Sabtu lalu.

    Di manakah semangat 1Malaysia dalam MCA? Tiada lagikah sifat kejiranan di dalam MCA? Apa yang disuarakan saya rasai sama seperti yang diminta oleh parti-parti dominan Cina seperti DAP dan juga Gerakan.

    Adakah tuntutan MCA ini disebabkan Melayu tidak bersatu? Benarkan saya kupas sedikit sebahagian cadangan (cabaran) yang dibentangkan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek seperti yang ditulis dalam berita tersebut.

  • Liberalisasi ekonomi
  • Membenarkan lebih ramai pelabur bukan bumiputera menjadi rakan kongsi dan kontraktor dalam kerja-kerja di dalam sektor minyak dan gas. Saya ketawa dengan apa yang MCA inginkan ini. Adakah tidak beliau ketahui betapa banyak syarikat yang berurusan dengan sektor minyak dan gas yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh kaum Cina?

    Adakah MCA mahu syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Petronas untuk mendapatkan lesen perniagaan dengan syarikat-syarikat minyak seperti Carigali, Exxonmobil, Shell dan sebagainya dilonggarkan?

    Sekarang ini pun kebanyakan syarikat-syarikat pembekal adalah milik bukan bumiputera. Boleh saya kira dengan jari sahaja syarikat yang betul-betul milik bumiputera.

    Petronas sekarang mula memantau syarikat-syarikat pembekal kerana banyak syarikat yang kononnya berstatus bumiputera tetapi pada hakikatnya dimiliki oleh bukan bumiputera. Agaknya apa yang diingini oleh MCA adalah semua syarikat-syarikat pembekal ini dimiliki oleh bukan bumiputera secara terbuka.

  • Peranan syarikat milik kerajaan (GLC) dalam Model Baru Ekonomi (MBE)
  • Kenapa begitu gah MCA mengingininya? Kenapa pihak bukan bumiputera dalam syarikat-syarikat gergasi Cina tidak memberi peluang kepada bumiputera yang berkelayakan menjadi ahli lembaga pengarah dan menjawat jawatan penting dalam pengurusan?

    Sekiranya ada pun, jawatan-jawatan yang dijawat adalah jawatan yang kurang penting syarikat sekadar melepaskan batuk di tangga. Lagi menyedihkan, sekarang ini sudah ada pula syarat “boleh berbahasa Mandarin” di dalam iklan kerja kosong. Apakah maksud tersirat di dalam syarat tersebut?

    Adakah perlu atau wajib pekerja kena berbahasa Mandarin? Adakah bahasa Melayu bukan bahasa rasmi, bahasa pengantar negara Malaysia? Yang paling jelas, adalah untuk membenarkan bangsa Cina untuk menjawat jawatan kosong tersebut. Apa pandangan MCA mengenai perkara ini?

  • Penggalakkan lebih banyak

    sekolah vernakular

  • Ini saya tidak faham. Masing-masing begitu gah mengenai 1Malaysia tapi pada masa sama masih mahukan pengasingan melalui penubuhan banyak lagi sekolah vernakular.

    Bila kerajaan menggalakkan penubuhan sekolah wawasan, kenapa mereka dengan gah menentang?

    Sekiranya mereka ini kononnya mahukan keadilan, satu suara, 1Malaysia dan sebagainya, kenapa tidak mulakan dari peringkat serendah-rendahnya melalui semua kaum pergi ke satu sekolah, seperti sekolah wawasan?

    Bukan makin banyak lagi sekolah vernakular yang secara langsung menggalakkan pengasingan kaum. Di manakan semangat 1Malaysia MCA?

    Di manakah semangat kejiranan MCA yang sepatutnya menggalakkan sifat menang-menang? Saya yakin sekiranya sekolah kebangsaan diubah sedikit saja agar memberi peluang untuk bangsa Cina dan India mempelajari pelajaran bahasa ibunda mereka, tidak perlu lagi ditambah sekolah vernakular di Malaysia ini.

    Saya hairan kenapa sekarang bukan bumiputera semakin lantang menyuarakan tuntutan.

    Adakah ini disebabkan bumiputera, Melayu khususnya sentiasa bertelagah sesama sendiri?

    Adakah pihak bumiputera merasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk meminta kerana pertelagahan sesama bumiputera/Melayu yang beragama Islam?

    Adakah juga kerana mereka merasakan bangsa Melayu di dalam kerajaan lemah, mereka boleh minta macam-macam? Ingin saya jelaskan di sini, saya bukan rasis tetapi saya tidak mahu bangsa Melayu akhirnya merempat di tanah air sendiri.

    AZMI

    Kuala Lumpur

    Aug 15, 2010

    Kogres Cina tuntut ekuiti bumiputera dikurangkan
    Ogos 14, 10 7:12pm

    Kongres Ekonomi Cina Malaysia hari ini menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

    Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

    Tuntutan itu itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.




    BANGSA MELAYU MENOLAK

    Apa lagi yang mereka mau? berapa banyak kah lagi yang mau di ambil oleh mereka? adakah ekonomi mereka terjejas selama ini?
    Kami Bangsa Melayu mendesak kerajaan jangan sesekali sentuh hak-hak kami seperti mana yang di minta oleh mereka. Kami tidak mau lagi bertolak ansur dengan mereka. Adakah undi mereka boleh kita dapati, apabila PRU 13 ini? Kami percaya untuk mendapat undi bangsa mereka hanya mimpi semata-mata. Yang kami hairan, adakah dengan system sekarang ini mereka tidak dapat keuntungan? , Kami menyeru dengan keras nya pada Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jangan lagi menyentuh hak-hak masa depan anak-anak kami, Kami Bangsa Melayu tidak boleh menerima apa juga yang di minta di dalam kongress mereke, demi mempertahan kan hak-hak masa depan anak-anak kami yang kian hari kian pupus demi nak mendapatkan undi mereka semata mata.


    Aug 10, 2010

    Kepada Kalian Yang Bernama Melayu..


    Dihari Perasmian Berkelompok Perkasa Daerah Daerah Negeri Selangor pada hari Ahad 8hb Ogos yang lalu,atas rasa peri pentingnya penyatuan umat Melayu masakini dibawah satu wadah perjuangan bangsa,pihak penganjur cuba mengembalikan nostalgia 1946.Dimana di waktu itu sekumpulan kanak kanak saperti gambar diatas membawa sepanduk yang sama,merayu kepada pemimpin pemimpin Melayu waktu itu supaya apa jua keputusan dan tindakan yang bakal diambil hendaklan mengambil kira hak hak dan kepentingan mereka juga.


    Hari ini setelah 64 tahun,setelah negara menikmati kemakmuran hasil dari perjuangan kemerdekaan pemimpin pemimpin terdahulu,Melayu kembali berpecah.Melayu kembali berantakan berebutkan kuasa politik,tanpa ada rasa keinsafan langsung bahawa apa yang kita nikmati hari ini hanyalah HAK yang dipinjamkan kepada kita oleh ANAK ANAK dan CUCU CUCU KITA.


    Bagi kita...generasi yang pernah merayu kepada pemimpin terdahulu pada tahun 1946,seakan sudah melupakan ketakutan yang kita lalui dulu kini terpaksa dilalui oleh anak cucu kita pula.Adil kah kita kepada mereka?Kalau pemimpin pemimpin terdahulu telah menjaga hak hak kita,apakah tanggung jawap kita kepada generasi akan datang?


    Apakah hanya kerana gilakan kuasa kita sanggup berpecah belah?Menjual kehormatan bangsa sendiri kepada bangsa lain hanya untuk mencapai cita cita politik kita.Ada Melayu yang dah jadi liberal,ada Melayu yang dah jadi setaraf Nabi,ada Melayu pulak langsung tidak ambil peduli.Kerana mereka merasa apa yang mereka nikmati hari ini tiada kena mengena dengan PERJUANGAN pemimpin terdahulu.


    Melayu menjadi haru biru dan hilang arah.Bersengketa sesama sendiri hingga agama Islam sendiri terabai.Bangsa lain memerhati perpecahan ini dengan senyuman dan mula mengatur langkah untuk memecah dan seterusnya melemahkan bangsa kita.Maka...yang dah mula pandai menderhaka kepada RAJA RAJA itu Melayu.Yang sanggup berbaring ditengah jalan menghalang keenderaan diRaja itu Melayu.Yang sanggup bertempur dengan Polis itu Melayu.Yang berani mencaci dan memaki hamun Raja Raja dan Pemimpin Negara itu juga MELAYU.Banyak lagi kehebatan tak bertempat Melayu kalau nak ditulis disini.TAPI UNTUK APA..?


    Jadi pada yang bernama MELAYU insaflah..sedarlah.Tiada apa yang menguntungkan kita selagi kita lemah dan berpecah.Bersatulah kita walaupun berbeza pandangan dan pendapat.Jika kita tidak boleh mencari titik PERTEMUAN kerana berbeza politik,carilah titik PERSAMAAN ianya pasti ada.


    Renungkanlah gambar anak anak diatas.Lihatlah diwajah wajah mereka tergantung seribu harapan kepada kita agar mereka tidak menjadi HAMBA yang terpaksa merempat di negara sendiri hanya kerana KITA yang bernama MELAYU hari ini.